Friday, October 12, 2018

Jom Kita ke Padang

 Wah hari ini RA ada tugasan luar selama 4hari di Padang Indonesia.Seawal jam 4pagi dah bangun ke lapangan terbang Senai kemudiannya menanti peserta yang lain di KLIA2.Pagi-pagi ni orang kurang sikit jika nak bandingkan dengan penerbangan malam.
 Kesemuanya teruja menanti penerbangan untuk berlepas jam 11pagi.
 Alhamdulillah setelah sejam menempuh perjalanan akhirnya kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau.Bergambar sebelum meneruskan perjalanan.Hujan turun menyambut kehadiran kami
Masing-masing perut pun dah lapar jadi kami singgah makan tengahari di RM (bukan ringgit Malaysia) tapi Rumah Makan Pasia Paiman.Terletak tidak berapa jauh dari lapangan terbang.Menu tengahari pastinya Nasi Padang.Menu adalah pelbagai ada lemak nangka , daging dendeng , ayam pop , ikan talapia , sambal hijau dan macam-macam lagi lah.
Kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi iaitu sekitar 95km dari lapangan terbang.Memandangkan jalan jalan di sini sempit kerana tiada lebuhraya jadi perjalanan kami pun mengambil masa yang ajak lama untuk tiba iaitu sekitar 2jam35minit.Lama kan? Di sepanjang perjalanan kami di sajikan dengan bukit bukau dan pergunungan yang menghijau sehinggalah kami melalui kawasan air terjun Anai.Memandangkan hujan masih tidak berhenti kami tidak berhenti hanya mengambil gambar dari dalam bas sahaja.
Kami singgah di Padang Panjang dan di sini kami di bawa ke Pusat Dokumantasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau.
Kat sini juga terletaknya Rumah Gadang iaitu rumah traditional Masyarakat Minang.Banyak informasi di terangkan disini antaranya cara hidup masyarakat minang dan paling penting sebab musababnya kenapa masyarakat Minang ini mengutamakan kaum perempuan dari lelaki.
Dalam rumah gadang ini selalunya mempunyai minimun 8kamar iaitu mewakili 8kelaurga.Keutamaan di berikan kepada mereka yang baru berkahwin.Keluarga di dalam rumah Gadang ini akan silih berganti dan tidak tetap lama di sini.Ia cumalah sekadar tempat untuk keluarga baru menetap sebelum berusaha mendapatkan rumah sendiri.
Reka bentuk mengambil idea dari tanduk kerbau iaitu binatang ternakan paling banyak di pelihara oleh masyarakat Minang di sini.
Di dalam rumah Gadang ini terdapat pelbagai risalah , gambar-gambar lama dan di terangkan dengan lebih terperinci tentang budaya masyarakat Minang.Hampir sejam kami di sini tetapi hujan masih lagi turun walau pun kurang lebat.Dalam perjalanan ke hotel kami singgah ke beberapa kedai barangan kulit dan kedai sulaman.Jam 6petang baru kami tiba di hotel , agak meletihkan tetapi teruja dengan persekitaran Bukit Tinggi yang sejuk.
Inilah tempat kami menginap iaitu Hotel Mersi - Bukit Tinggi.Kami di beri masa sejam untuk bersiap-siap solat dan mandi sebelum turun ke lobi untuk di bawa makan malam di salah sebuah kedai makan.
Inilah kulinar makan malam kami.Ikan lele dan ayam penyet adalah menu utama di kedai ini.
Selesai makan malam kami pulang ke hotel untuk berisitrehat.Ada yang masih sambung membeli belah di kaki lima sebelah hotel untuk membeli pakaian bagi di jadikan buah tangan untuk saudara di Malaysia.Esok kita jumpa lagi untuk lawatna ke tempat lain pula...

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....