Semalam baru je pergi kat kedai ini makan burger,bila letak je gambar kat Whatapps gang mengeteh lak ajak RA bawak diaorang ke sana.Jadi malam ini datang lagi buat kali ke 2.
Inilah restoran B.Point yang terletak bersebelahan dengan Stesen petrol Shell selepas sahaja keluar dari pusat immigration Tambak Johor.Meriah sungguh dengan kereta yang lalu lalang di hadapan restoran ini.Saat semua berkumpul di DangaBay untuk ke sini,ada jugak yang terus menonong terus ke sana.Lapar katernya sebab tengahhari hanya makan Mee Goreng RM3.50 jek...
Burger daging bakar biasa beserta mayonis dan cheese berharga RM10.50.Sedikit mahal dari yang di Taman Nusa Duta RA makan minggu lepas.Di sini juga ada kios yang menjual makanan arab tau.
Yang ini pulak burger yang si Nik beli.Ada letak daging salai katernya.Tapi pasti ada orang yang cakap "ala tak kenyang makan burger" tu yang dia dengan selambanya makan Nasi Ayam penyet jek untuk menghilangkan kelaparannya sebab sejak tengahari hanya makan mee goreng sahaja.
Nah abis licin burger ini tinggal kertas pembungkusnya sahaja.Inilah orang yang membuat "come back" setelah lama menyepikan diri di luar negara.Nak kenal dia senang je tengok je lah jari 2 simbol keamanan tu.(aman konon-tak kuar citer pasal dia je tak senang duduk dia)
Selain makanan arab dan burger ada juga di jual satey di sini.Sedap dan manis juga satey kat sini.Cuma layanan tukang amik air kureng sikit.Tunggu sampai makanan dah abis tapi air orang tu tak sampai lagi.Apa lagi menyinga lah dia.Bukan leh salah sikit dia ini,muncung dia,kita boleh buat sidai baju dengan penyankut kalau dia marah.
Gelak sakan dan gembiralah muka-muka diaorang ini dah dapat apa yang di hajatkan.Dendang dendut tapi kecapi,kenyang perut suka hati.Buat yang masih kat KL (tak sempat nak balik JB katernya) anda duduk tengok diam-diam sahaja yea.
1 comment:
saya baru jer gi weekend lepas kat cawangan B.Point.
Sekarang dah ada satu lagi branch di Today's Market depan Tesco Bandar Seri Alam
Post a Comment