Tuesday, May 20, 2014

Testimoni Lawatan dan Gambar-gambar kenangan

Sekarang nie semua orang ada buat testimoni,dari produk kecantikkan sampailah produk makanan.RA pun nak buat jugaklah.Tapi testimoni RA lebih kepada gambar-gambar kenangan peserta-peserta dan pembaca-pembaca blog RA semasa melawati Singapura sebelum ke Universal Studio Singapura pada keesokkan harinya.

Ini adalah gambar 3sekawan Cik Juliana Izzati yang mengikuti lawatan malam ke Singapura.Kami bertolak seawal jam 5petang dan acara tamat jam 10malam.Pemandangan waktu matahari terbenam di Marina Barrage dan suasana malam di Masjid Sultan dan Merlion Park.

Ini gambar pada waktu malam dari Merlion Park berlatar belakangkan Marina Bay Sand & pertunjukkan lazer.Pertunjukkan selama 10minit ini berlangsung setiap hari jam 8malam, 930malam dan yang terakhir jam 11malam.Maaf yea ini bukan gambar edit , ia memang asli dari kamera lensa RA..hehe.Kalau nak lihat pertunjukkan ini marilah sertai lawatan malam ke Singapura anjuran RA.

Haa ini pulak lawatan keluarga satu kerja bersama Puan Sharina Saad ke Singapura pada cuti Thaipusam yang lalu.Mereka membeli belah ke Orchard Road,pengalaman menaiki MRT,Merlion Park,Universiti Nanyang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

Pasangan Abang Salem dan Isterinya mengikuti lawatan malam ke Singapura.Kami tidak dapat masuk ke dalam kawasan Studio Jalan Ampas sebab hari dah malam dan pintu pakar dah berkunci sebab Wak Joe penjaga studio ini tiada di rumah.Masjid Sultan pada waktu malam memang cukup indah jika bergambar di sini.

Ini pula keluarga Puan Rusliah Talha yang mengikuti lawatan malam ke Singapura.

Ini keluarga Puan Suwani yang mengikuti lawatan pada bulan Mac yang lepas.Anak pasangan ini memang mesra lensa kamera.hehe.

Gembira juga dapat berkenalan dengan keluarga Puan Hanifah Mahat yang mengikuti lawatan 3hari ke Singapura.Membawa mereka ke rumah saudara terdekat di Chua Chu Kang , lawatan malam Singapura yang singkat kemudian di teruskan lawatan siang (seharian) ke Kota Singa termauk lawatan ke Studio Jalan Ampas.

Nostalgia dulu-dulu di Studio Jalan Ampas.Lawatan ke sini hanya untuk lawatan siang sahaja.

Seronok juga berkenalan dengan keluarga En Sani yang membawa ibu dan ayah nya bercuti ke sini.Terutama sekali berkenalan dengan Lokman (anak) yang minat makan Oreo.hehe.Lawatan malam mereka tidak ke Orchard Road tetapi di gantikan dengan Lawatan ke Mt Faber Park.Kawasan tanah tinggi di mana terletaknya kereta kabel yang menghubungkan Pulau Sentosa dengan Singapura.

Ini keluarga En Hisham dari Genting Highland yang juga mengikuti lawatan malam ke Singapura.Lawatan mereka termasuk ke Mt Faber Park,Masjid Sultan,Istana Kg Glam,Merlion Park,Marina Barrage dan Bugis Street.Jadi apa tunggu lagi?? cepat-cepat hubungi RA di talian +60127709809

2 comments:

sudipVSsenduk said...

gambar minum air dari mulut singa tu sngat ohsemmm.. terbaik!

RioAzzaro said...

teknik amik gambar tu haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget