Monday, May 7, 2012

J.J.N.M : The Zone Regency Johor

JALAN - JALAN NAK MAKAN : J.J.N.M


 Ahad lepas berkesempatan pula makan besar di Salt & Pepers Restaurant mengunakan voucher yang telah di beli melalui Groupon.com.Rombongan Cik Kiah kami seramai 19orang termasuk kanak-kanak telah berkumpul seawal 12tengahhari.Tetapi macam biasa , mesti ada jawapan "On The Way" oleh salah seorang teman aku yang datang lewat.Dah paham dah jawapan On The Way dia tu.Tapi tak apa,sebab 95% datang pada masa yang di janjikan.Harga makanan yang kami beli adalah RM54 untuk 2orang.Murah kan?
  Antara memu yang di sediakan nasi beriani,mie goreng,nasi goreng,fish cake,steamboat,laksa johor , otak-otak , pau , botok-botok ayam, ABC , Pop Corn , Kuih muih dan pelbagai lagi jenis makanan.Makan Hi Tea nie kena sikit-sikit dan kena selalu bangun - kata salah seorang pakar pemakanan kitaorang.Jadi pada hari tu ramailah yang mengikuti petua dan nasihat orang ituuuu....
Sesudah puas makan sekitar pukul 330petang,acara bergambar beramai-ramai susun meja pun di adakankan.Kemudian kami meneruskan aktiviti selepas tu ke DangaCity Mall untuk perlawanan bowling peringkat keluarga.Di sebabkan lane bowling penuh ketika itu,aku terpaksa menunggu selama 30minit untuk mendapatkan lane bermain bowling tersebut.
 
Inilah jumlah jatuhan pin yang telah di perolehi pada pusingan pertama :
Dan inilah jumlah jatuhan pin yang telah di perolehi pada pusingan kedua :
Kekalahan bukanlah halangan yea...anda masih boleh cuba lagi dan cuba lagi....hikhik....

Selesai sudah acara bermain bowling sekitar jam 650petang,kami turun ke tinggal bawah untuk menjamu selera sambil makan malam di Restaurant Jom Bali.Makanan yang di pilih antaranya adalah Mie Kantonise Hailam, Nasi Goreng kampung , Nasi Goreng Cina Seafood,Nasi goreng paprik,Nasi goreng ayam dan pelbagai lagi juadah pembuka selera.Memang mmmmMMMMMMmmmm....yummmyyy.
Tu la sapa suruh balik awal-awal,kan dah menyesal...huhu


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....