Wednesday, December 19, 2012

JJNM : Asam Pedas Tepian Tebrau


J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN

"THE BEST 17 ASAM PEDAS POWER"

"@ GERAI TEPIAN TEBRAU"

 Nampaknya kali ini anda semua tengok je lah RA makan lagi sekali yea.Kali ini RA bersama rakan-rakan ke Gerai Tepian Tebrau yang terletak di Sungai Chat belakang Hotel St View sahaja.Juadah makan malam yang RA cari malam semalam ialah Asam Pedas Johor.Seawal jam 830malam RA sudah pun tiba di sini.Terdapat lebih dari 3buah gerai yang menjual Asam Pedas tetapi tangkapan RA dan teman-teman malam ini ialah di Gerai no 17 iaitu "The Best 17 Asam Pedas Power".

Inilah dia asam pedas yang di ceritakan tadi.Malam itu cuma ada ikan Pari dan Ikan Sembilang.RA pilih 2 potong badan ikan Pari dan seekor Ikan Sembilang.RA kurang sikit makan Ikan Sembilang,tetapi Si Aleya cucu saudara kepada Razif Yunus (artis juara karaoke tu) memang pandai makan ikan ini.Makan malam RA di temani oleh Nik & Fuad, Rafiz Yunus a.k.a Habang Chu,Olie,Azie dan anaknya Sofia,Rahim,Safura dan anaknya Aleeya bersama Ibu Rahim (akak Habang Chu)

Walaupun sudah makan lauk Kurma 2kali tambah di rumah dan dah makan di rumah ibu mertua di Perling,Asam Pedas di sini tetap menjadi pilihan kami.Azie tak makan Ikan Pari dan Ikan Sembilang jadi dia memilih Sotong masak sambal,Sayur Taugeh goreng,Telur dadar & makanan pilihan ramai di gerai ini iaitu Udang masak Telor Asin yang sangat-sangat menjanjikan.

 

Inilah dia hasilnya tangkapan kami & berbaloi datang malam semalam

 Sotong ini memang sedap di masak sambal

  Pada yang tak dapat hadir sebab dah makan kat rumah lauk yang isteri masak dan ada yang penat mengemas rumah dari pagi sampai ke petang,kami makan dulu yea......

 Amboi panjangnya moncung artis karaoke bertopi UTM ini.Nie kalau ada penyangkut baju memang boleh di sangkutkan,puas hati sungguh nampak makan Asam Pedas malam tu.

 Ada orang kata rasa asam pedas ini sama yang dekat UTM tu.Entah-entah cawangannya tak? RA sendiri tak tahu sebab yang kat UTM tu RA tak rasa lagi.Jadi tak leh nak komen.

Yang ini tak tahu lah pulak RA kenapa,dah macam ular kena palu si Olie makan asam pedas ini.Mungkin tak biasa makan pedas-pedas kot,maklumlah dah bertahun-tahun duduk luar negara makan roti dengan keju jek.

 Acara makan-makan malam itu berakhir sekitar jam 10malam.Nak sangat meja depan ,jadi tuan kedai bagi meja paling depan sekali iaitu paling depan dan dekat dengan tempat letak kereta....

Nah puas hati RA semalam.hikhikhik

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....