Friday, December 21, 2012

Berulang tahun pada 21/12/12

Selamat Ulang Tahun Nixie (nama baru katernya)

Wah diam tak diam lagi 10hari je lagi nak sambut tahun baru.Di akhir-akhir bulan 12 ini juga Nik menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 35 tahun.Malam semalam RA dan rakan-rakan telah di jemput ke Restoran Todak Teluk Jawa Masai untuk menyambut dan menanti detik 12tengah malam di hari ulang tahun kelahirannya.Tiba jam 815malam iaitu waktu puncak makan malam di restoran ini.Tetapi sebelum tiba di sini RA mendengar satu penerangan tentang pembinaan jambatan jenjatas.Kalau kita melalui sesuatu jenjatas atau bangunan dan kita rasa gayat,itu makna Civilnya salah.Kalau mengikut Civil yang betul sesuatu bangunan yang tinggi di bina mestilah dapat menghilangkan kegayatan seseorang."Kau dengar tu Naz" tetiba macam nak lempang je suara kat belakang tu.huhuh.Kehadiran kami di sambut oleh Nik dan keluarga dengan meja yang telah siap di tempah.Ketam hidup juga melambai-lambai kami di sini menunggu saat untuk di masak.

Inilah hasilnya ketam masak cili dan satu set lagi ketam masak lada sula (black Paper lah) yang tidak sempat di tangkap gambarnya.

Antara menu lain yang di pesan ialah Roti Bun Goreng  

Ikan Siakap masak merah & stim nyonya

Udang masak Kari ala Indonesia ini kalau di cecah dengan roti Bun goreng tu memang terangkat.


Sayur chap chai ini pun sedap di makan bersama Nasi Goreng Cina.


 Ini pulak barisan artis dan tetamu jemputan yang hadir bersama orang tercinta pada malam itu.Gedik yea Olie.

Haa Nasib baik tidak ketinggalkan Kak Ros yea.Dia tiba lewat sikit sebab menguruskan rumahnya di Taman Dato Onn yang akan berpindah hujung bulan ini.Memulakan mukadimah ceritanya kepada artis Razif Yunus.RA jadi orang tengah je.Di sini pun tidak,di sana pun tidak.

Puas sudah bergambar yang macam tu bergambar yang macam ini pulak.

Habis jugak lah makanan yang di letakkan di meja semalam.Maklumlah dari pagi sampai ke petang tahan makan semata-mata nak kosongkan perut untuk malam itu.

Dah puas makan kami melihat hasil hidupan laut yang terdapat di sini.Banyak juga patutlah makanan yang di hidangkannya segar segar.


 Ikan Kerapu dan Ikan biru ini dengar-dengar mereka dapat dari Sandakan Sabah yang terkenal dengan bekalan makanan hidupan laut.

 

Tengok tu habis licin Ketam masak cili kami malam itu.

Yang kat sini pulak bergambar masa nak balik.Jam 1030malam kami dah bergerak nak ke Danga Bay pulak untuk acara memotong kek sambil menanti detik jam 12malam.

Jam 11malam dah selamat tiba di Danga Bay kemudian terus ke Restoran Bawang Merah untuk menanti detik 12tengahmalam.Bacaan doa yang ringkas beserta memotong kek untuk di serahkan kepada kami semua.Tengok lah tu mak-mak budak bergambar mengalahkan anak budak.

 

Yang datang pun tak kurang hebatnya sampai sanggup berlari ke hadapan kek semata-mata meja yang lain-lain sebuk bertenet.

Sebenarnya banyak lagi gambar yang di amik malam tu,tapi setakat ini sahaja yang dapat di abdikan di dalam blog RA.Kira ini gambar-gambar terbaik dari yang terbaiklah.Inilah dia gambar "Birthday Girl" sekeluarga yang dapat di rakam pada malam itu.Terima Kasih kepada Nik sekeluarga yang menjemput dan belanja kami makan malam.

Selamat Ulang Tahun Nik,Moga di murahkan rezeki di panjangkan umur dan di berikan kesihatan bersama-sama suami dan cahaya mata anugerah dari Allah.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....