Orang jalan kita pun nak berjalan jugak yea tak? Perjalanan RA kali ini tidak lah jauh mana,seberang Tambak je.Malam semalam RA bersama Olie & isterinya Azie bertolak masuk ke Singapura untuk melihat lampu-lampu yang di pasang di Orcard Rd sempena sambutan Krismas tak lama lagi.Macam tahun-tahun sebelumnyalah , jalan di sepanjang Orchard Rd memang bermandikan cahaya dan tahun ini pilihan warna lampu ialah Merah & Oren.(dah macam Tahun Baru Cina la pulak).
Tiba di sini jam 710malam dan sempat juga menunaikan solat Margrib di sebuah surau di dalam hotel kepunyaan Sultan Brunei iaitu Royal Plaza On Scotts.Dah bersedia semua baru lah boleh jalan-jalan amik gambar dan tengok-tengok lampu.Dari Royal Plaza kami ke ION Plaza dan Wisma Atria.Haa inilah dia rupa ION Plaza pada malam tu.
Memandangkan masih minggu pertama pada bulan Disember masih banyak lagi deko-deko yang belum di sediakan atau siap di hadapan komplek membeli - belah ini.Tapi dapat la jugak tengok lampu kat pokok krismas yang paling tinggi kat situ.Di hadapan komplek ini di buat seperti taman bunga siap ada air pancutan lagi.
Jalan depan sikit masuk ke Wisma Atria pulak.Kat sini pun tak kurang meriahnya.Dari sini dah boleh nampak lampu-lampu yang di pasang sepanjang jalan.Kedai-kedai barangan ternama berlumpa-lumba mempromosikan barangan terbaru mereka.Antaranya LV,Channel,Gucci,Burberry dan macam-macam lagi la yang RA memang tak mampu nak beli.
Ala-ala macam dalam filem Troy lak kan bila tengok lampu-lampu bawah tangga nie
Bergerak pulak ke Ngee Ann City tapi sebelum bertolak ke sana kami makan Aiskrem tepi jalan dulu.Harga S$1 sahaja.(lepas ini mesti haus nak cari air pulak).
Ok kat Ngee Ann City ini pulak.Pokok Krismas dia kat dalam pusat membeli belah tersebut itu sendiri.Kelas kau Maria!!! (memang tahu pun tiap-tiap tahun macam tu).Kat luar pulak gerai-gerai yang menjual barangan hadiah dan cenderahati.Yang kat belakang RA tu kereta api yang berpusing dan bergerak mengelilingi bulatan tu.
Gambar yang kat atas ini tersangat la gediknya yea.
Berpindah pulak ke sebelah Ngee Ann City ini Mandarin Gallery.Bila tiba kat sini ujan renyai-renyai pun membasahi bumi.Terpaksa lah RA berteduh sekejap dan bergambar sampai kat ujung ini sahaja.Kemudian RA menyeberang ke sebelah pula untuk ke Paragon pulak.Kat sini pun tak kurang menyerlah dengan lampu-lampu dan jualan murahnya.
Dari Paragon RA ke Lucky Plaza pulak.Tempat lepak warga Filipina yang bekerja di Singapura.Kat sini baju-baju dan barangan cenderamata boleh di dapatkan dengan harga yang murah.Cubalah...(wah dah macam iklan pulak)
Pusat membeli belah TANGS PLAZA setiap tahun memang tidak pernah mengecewakan.Dekorasi setiap tahunnya pasti menarik daripada yang lain-lain walaupun ia adalah salah sebuah komplek membeli-belah tertua di Orchard Road.
Memang menjadi tarikan dan tumpuan pengunjung setiap tahun di TANGS Plaza ini.
Tengah sibuk bergambar ala-ala Model Baywatch tetiba datang satu amoi mintak amikkan gambar dia,siap tiru lagi cara RA berposing.Berbulu je mata tengok kan...hehehe.Tapi sayanglah jam 915malam plaza ini dah tutup awal,jadi tak dapat masuk dalam.
Perut dah berbunyi jadi kamu melangkah semula ke Far East Plaza tempat kereta kami di letakkan.Tapi sebelum nak balik kami lalu di hadapan Hotel Grand Hyatt dan sempat klik-klik gambar lagi.
Makan malam RA malam itu di taja sepenuhnya oleh Olie.Kedai makan yang lain dah tutup jadi kami ke Restoran Ayam Penyet RIA jelah kat tingkat 4 Far East Plaza.Sambal dia sikit lah punya pedas.RA dah tukar duit Singapura kat Lucky Plaza tadi,dia bagi S$19 untuk RM50.Kena ketuk la nampaknya.Sesuka hati dia naikkan harga duit pertukaran tu.
Pulang jam 1015 malam ingat nak singgah beli karipap kat depan Seligie Road tapi kedai yang jual tu dah tak ada.Dulu zaman masa kerja kat sana RA selalu beli karipap kat situ...sedap.Selamat tiba di JB jam 11malam selepas kering tekak mengasah suara dalam kereta sementara menunggu giliran kereta untuk keluar yang sesak untuk keluar.
BAGI SESIAPA YANG NAK RA BAWAK DIAORANG JALAN KE SINI RA BOLEH TOLONG BAWAKKAN DENGAN MENGUNAKAN KERETA AVANZA (BOLEH MUAT 6-7ORANG) DENGAN HARGA :
2 comments:
cantikla tmpat ni tem mlm..bnyak lampu..hoho
setaip tahun di bulan december....selalu ada lampu2 mcm nie
Post a Comment