Sunday, December 19, 2021

Glamcamp di Tiger Base Camp

 Rasa dah lama RA tidak mengemas kini blog RA ini.Tempoh PKP yang agak lama dan ekses internet yang terhad menghalang RA untuk mengemaskini blog ini.Tapi baru - baru ni RA dan beberapa rakan ada ke salah sebuah Glamcamp yang terkenal di Johor iaitu Tiger Base Camp.RA bertolak pada Jumaat lepas sekitar jam 11pagi.Sebab paginya ada banyak perkara yang hendak diuruskan.Sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebat sehinggalah kami tiba di Sedeli hujan mula berhenti.Alhamdulillah selamat sampai ke simpang masuk Tiger Base camp sekitar jam 115petang.

Simpang masuk ke Tiger Base Camp ini terletak 10km dari Pekan Sedeli.Dari simpang masuk ini kami kena memandu ke dalam ladang kelapa sawit sekitar 2.9KM untuk sampai ke tapak perkhemahan yang terletak di tepi pantai.Pemandangan kat sini sangat cantik sebab pokok-pokok kelapa sawit masih lagi belum meninggi.

Alhamdulillah tiba dengan selamatnya walaupun hujan mulai renyai-renyai.

Apa lagi bila dah dapat tapak khemah yang dibenarkan kami pun tidak berlengah-lengah memasang khemah bagi mengelakkan basah dek hujan nanti.Satu yang RA suka dengan Tiger Base Camp ini kebersihan di jaga dan kemudahan tandas di sediakan cukup.Ala-ala Summer Base Camp macam kat luar negeri tu.

Pengunjung di kenakan bayaran RM20 seorang dan dikehendaki meletakkan deposit RM50 untuk pembersihan sampah.Jika lepas balik tapak khemah penuh dengan sampah sarap pihak pengurusan tidak akan mengembalikan deposit tersebut.

Kat sini boleh bersantai-santai tepi pantai atau duduk berehat sahaja di khemah atau memasang buaian sambil menghirup angin pantai.

Suasana malam pulak sangat nyaman dan tenang.Lampu-lampu mentol di pasang di sepanjang jalan dari tempat letak kereta, tandas ke tapak perkhemahan.Jadi tak lah takut nak ke tandas malam-malam.Ramai di antara pengunjung membakar BBQ dan ada yang memasang unggun api di tepi pantai.

Beginilah suasana malam di Tiger Base Camp.

Kami pulak lepas makan malam, kami sambung main Sahibbah sampai ke pukul 2pagi.Dok terkekek-kekek gelak sebab ayat yang di bina mula meraban-raban bila dah tengah malam.Jam 230pagi dah tak tahan mengantuk terus tutup Sahibbah dan RA ke tandas untuk mandi.

Sebelum masuk tidur sempat lagi ber "OOTD" di luar khemah.

Jam 630 pagi mula bangun sebab sejuk angin pantai mula masuk ke dalam khemah.Perut pun dah mula meragam nak ke tandas.Haaa bila dah selesai semua hajat dan solat subuh di dalam khemah, perut pulak lapar.Nasib baik ada bekalan roti yang di beli semalam sebelum masuk kem.

Selesai sarapan kami semua ber OOTD pulak di tepi pantai.Macam-macam aksi kitaorg buat, cuma dapat tunjuk gambar-gambar ini sahaja.

Betul tak? Memasing memasang impian menjadi model kucing berjalan suatu hari nanti.
Jam 1130pagi kami dah siap berkemas dan bertolak pulang ke rumah.RA kena balik awal sebab nak masuk keja jam 2petang.Alhamdulillah selamat sampai dan memulakan tugas jam 2petang.Balik kerja badan lepak habis...hahahaha...Terima Kasih Tiger Base Camp.


Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....