Tetiba perut RA mengidam nak makan Nasi Beriani pulak petang-petang tadi.Dah lah hujan-hujan,sejuk dan bertambah lapar pulak,Kawan-kawan RA kt Whatapps sebuk hantar gambar makanan-makanan pulak,bertambah laparlah perut RA melihatnya.Jadi lepas je waktu bekerja tadi RA terus meluru mencari kedai nasi beriani.Teringat pulak kedai beriani yang kat Susur 1/1 di Jalan Tun Abdul Razak yang kawan RA ceritakan dulu tu.Jadi terus meluru ke sini.Sabtu lepas RA nak pergi dengaan ayah tapi kedainya dah tutup.Dia bukak dari jam 12tengahhari hingga 3petang.Kemudian di buka lagi pada pukul 6petang hingga 1030malam.
Dekorasi kedai dan makanannya di ambil dari ciri-ciri India Utara.Di dapur tergantung ayam tandori yang akan di bakar jika ada permintaan.
Banyak jugak menu makanan kat kafe ini,sampai tak tau makanan apa tu , sebab kebanyakkan di beri nama khas,tapi yang RA ingat ada Vadey,ada beriani sayur-sayuran,kambing,ayam dan udang,beriani,roti nan,ayam tandoori dan pelbagai lagi.
Jadi untuk tidak memeningkan kepala RA,RA pilih Beriani Ayam + Teh O ais dan Telur rebus yang di goreng dengan masala.(lupa pulak nama makana tu).Tapi inilah rupa makanannya seperti kat bawah ini.Nak ajak kawan-kawan mengeteh RA masing-masing sibuk dengan urusan keluarga.Jadi RA pergi dengan kawan RA yang lagi sorang ini.
Ada telur rebus + Ayam kat dalam nasi tu + kuah dalca + sayur mayonis + acar.Harga RM16.50.
Inilah dia telur yang di goreng ala-ala sambal dengan lada hijau dan lada hitam.Sedap giler beb.Harga boleh tahan jugak RM9.50.Semuanya bila tengah lapar nampak sikit je,tapi bila dah habis masuk dalam perut leh jadi senak sebab kekenyangan.Haaa amik kau sampai saat blog ini di tulis jam 1145malam perut RA masih kenyang lagi.
Sempat lagi amik keratan informasi tentang kafe ini.Semua jumlah kami makan 2orang RM 54.50.Yealah beriani dah 2pinggan RA dengan kawan RA.Air dah RM6.00 segelas.Telur tu lagi.Tapi puas hatilah sebab makanan dia sedap dan perut RA bertambah sendat di buatnya.
No comments:
Post a Comment