Sunday, November 25, 2012

Sedikit Informasi Tentang Batam

RA saja nak kongsi apa yang ada di Batam.Bagi yang akan tinggal bermalam di Hotel Grand Park,ini adalah hotelnya.Bertaraf 3bintang-standard Indonesia.Dari Luar dan dalam hotel ini dapat di lihat yang ianya kemas dan bersih.

Hotel ini mempunyai 5tingkat dan mempunyai lebih dari 50bilik.Di tingkat bawah juga ada kafe dan restoran bagi mengisi perut.Bagi mereka yang mahukan kegiatan malam,bersebelahan hotel ini ada sebuah hotel bertaraf 4bintang yang menyediakan kelab malam.Selang 300meter pula terdapat restoran Ayam Penyet,McDonald & KFC yang di buka 24jam. 

 

Ruang Lobby yang juga luas.


 Ok di Batam ini juga terkenal dengan barangan berjenama.Banyak kilang barangan jenama di buka di sini dah kenudiannya di jual pada harga yang lebih murah dari Malaysia & Singapura.Contohnya kedai pakaian Polo Ralph Lauren ini.Pakaian di sini memang tulen 100% dan harganya memang murah dari harga pasaran luar.

 Pelbagai pilihan dari baju wanita,lelaki dan kanak-kanak sampai ke barangan Golf.

Bawak je duit banyak-banyak dan juga kredit kad anda untuk di leretkan.hehehe

 Ada juga kedai makanan Melayu Asam pedas & Teh Tarik di sini.Kalau ke Batam jangan lupa membeli oleh-oleh kek Pisang & Kuih Bingka (kuih Bakar)

 Dari membeli belah kita boleh ke lokasi berdekatan dengan pantai untuk makan makanan laut di sini atau ke Taman Rumah Budaya Indonesia iaitu "Miniture House Indonesia".Terdapat 32rumah dari daerah Indonesia yang di bina dalam bentuk yang kecil di dalam taman ini.

 Bersebelahan dengan taman ini pula anda boleh main lumba Go-Kart sewaa mengikut minit atau jam.Ye terserahlah nak bawak laju atau perlahan.

 kalau di Malaysia ada KFC,di Indonesia ada BFC (Best Fried Chichen)

Barangan cenderahati juga banyak boleh di dapati ke Pasar Besar Nagoya Hil.Baju I Love Batam ini antara barangan wajub beli.

Kalau singgah ke Lubuk Baja jangan lupa mencuba makan telur penyu di sini.Habislah penyu menangis telurnya kena jual.Tapi memang terdapat banyak telur penyu di jual di Batam.Harga ikut kepandaian kita untuk menawarkannya.Terdapat kerepek-kerepek,jeruk dan buah-buahan di jual di sini selain deretan kedai-kedai menjual bag dan pakaian

 Ok akhir sekali pulang semula ke Johor Bahru dari terminal ferry ini.Kalau tidak bernasib baik ramai orang Indonesia yang nak masuk ke malaysia mengunakan terminal Batam ini.Penuhlah tempat duduk dalam ferry gamaknya.

1 comment:

Anonymous said...

Hotel ni brp rm smlm?
Bp jauh perjlnn dr jeti ke hotel?
Mtk share..

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....