Thursday, November 22, 2012

JJTW : Breaking Dawn

JALAN - JALAN TENGOK WAYANG (J.J.T.W)

TWILIGHT SAGA : BREAKING DAWN

Penantian semalam 4 tahun akhirnya berakhir juga.Petang tadi bersama Abang Mork,Nik dan Fuad kami menonton filem terakhir yang di adabtasikan dari Novel Twilight Saga.Jam 4.30petang dah tercongok kat depan panggung wayang TGV.Tempat letak kereta banyak yang penuh,maklumlah cuti sempena Hari Keputraaan Sultan Johor.Kedai-kedai dalam Jusco pun buat jualan murah.Leh rambang biji mata.Nak ajak yang lain-lain semua tak senang sebab banyak urusan dunia yang lain harus di buat.

 Sebelum masuk ke panggung acara wajib bergambar memang tidak akan RA  lepaskan.Biarlah orang nak cakap blog ini lemau sebab tak ada artis jemputan,tapi RA tetap dengan gambar RA.hehehe.Nanti bulan depan boleh tengok citer Hobbit macam kat bawah ini pulak.

Ok cerita dah mula tepat jam 5petang.Mengesahkah Bella yang hidup kembali setelah mati melahirkan anaknya hasil dari gigitan pontianak dari suaminya iaitu Edward.Tiga hari selepas itu Bella bertemu semula dengan anak perempuan yang di lahirkan,dan anak tersebut berdarah separuh manusia dan separuh pontianak.

 Edward seperti biasa sentiasa menjaga Bella dan keluarganya dari sebarang bencana.Mereka sedar bahawa anak mereka cepat membesar.

Jacab yang dahulunya mencintai Bella telah beralih arah dengan mencintai anak Bella yang masih kecil itu.Di sebabkan horman separuh manusia dan separuh pontianak anak Bella cepat membesar walaupun baru berusia beberapa bulan.Janji Jacob akan sentiasa melindungi anak Bella walaupun terpaksa mengadainya nyawanya.

Kisah Bella melahirkan anak telah sampai ke telinga Ketua Istana Volter iaitu Aro yang menjaga kepentingan pontianak di seluruh dunia.Aro bimbang dengan kewujudan anak Bella itu meletakkan seluruh bangsa pontianak di dalam bahaya dan rahsia mereka sebagai pontianak akan terdedah kepada manusia seterusnya mengakibatkan mereka menjadi buruan.Bella dan keluarga Cullen terpaksa mencari saksi  dan jalan bagi mengelakkan mereka dan anak mereka di bunuh oleh Pihak Istana Volter.Berjaya ke mereka? nak tahu pergi lah tengok sendiri.....hehe 

 Lepas je menonton kami turun ke tingkat bawah Jusco untuk minum coklat panas di J-CO.Tengok ajalah artis arus perdana kat bawah ini.Bergambar dengan DVD Barbie yang Donat J-CO yang dia belikan untuk anak dia di rumah.Sebahagian hadiah untuk putri tercintanya yang mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ini.

 Bergambar lagi katernya.Asik makan jelah bila cuti-cuti ini.

 Haa yang ini mintak pelayan kedai J-CO ini amikkan gambar kitaorang.Baju jaketnya mengalahkan artis pirim hitam yang pergi ke Mersing buat promosi.

Kat ruang utama komplek membeli belah Jusco ini ada dekorasi semperna Krismas.Yealah dah nak dekat kan.Jadi sempat lah jugak bergambar sekejap.Masa berlalu cepat,jadi sebelum habis margrib RA kena segera ke Surau di Jusco untuk solat Margrib.Sapa yang lom tengok cerita ini cepat-cepatlah datang dan tengok,jangan asik tangguh tertangguh lama-lama tak tengok nanti.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....