Thursday, December 27, 2012

JJNM : Warong Mak Ram

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN

WARONG MAK RAM KAMPUNG PASIR

 

Selamat datang ke Kampung RA.Di sinilah terletaknya Warong Mak Ram yang menjual makan dan minum petang.Menu utamanya ialah Goreng Pisang & Tempe.Selain itu terdapat pelbagai kueh-kueh traditional seperti kueh koci,Karipap,Mee Rebus,Laksa,Mee Hoon & Mee Goreng bungkus,Paru goreng,Tahu sumbat,Nasi Ambang,Nasi Lemak dan banyak lagi lah.Harga kat sini di jamin lebih murah dari kedai atau warong-warong lain kat luar tu.Semalam RA berkesempatan ke sini bersama Abang Chu,Faiz,Nik dan Fuad untuk minum petang.Tu pun tiba dah pukul 615petang,sebab RA tunggu kereta RA siap di servise.Nasib baik masih ada lagi makanan yang tinggal.Makanan di atas tu pilihan RA.Mee Goreng bungkus + Karipap Sardin 3 & Goreng Pisang di potong-potong kemudian di campurkan dengan kuah kicap cili & kuah kacang pergghh memang terangkat.Teringat zaman kanak-kanak RA masa ayah bawak RA makan kat sini.Masih tak berubah rasanya walaupun sudah hampir 20tahun dia beroperasi. 

 

 Ok ini pulak menu baru (nak kata baru tak la baru sangat) Mee Rebus ini pilihan Abang Yunus ,Nik dan Fuad.Makana-makanan lain seperti Nasi Ambang,Nasi Lemak dah pun habis saat kami semua datang.Nak buat macamana sebab sebelum ke sini ada artis yang nak mengasah bakat menyanyi & melepaskan gian katernya.

 Makan ajerlah nampaknya RA hari ini dari pagi sampai ke petang yea.Si Faiz kat tepi tu dah macam pengawal peribadi pulak yea.Terlebih suda.Nampaknya petang itu kamilah pelanggan terakhir mereka yea.Sebab dah takde orang lain lagi yang datang makan.Jam 650petang barulah bergerak balik ke rumah masing-masing yealah hari dah nak Margrib,gie solat cepat!!!

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....