Nah selepas je habis menyambut ulang tahun si Benjy di Perling,RA terus ke Restoran Singgah Selalu yang kat Danga Bay untuk berjumpa dengan rakan-rakan sekolah lama RA.Tapi tak sangka pulak terjumpa gang kumpulan nyanyi ini.Mereka ini dulu masa muda-muda tak dapat melebarkan bakat mereka jadi amik berkat bergambar dengan penyanyi undangan Singgah Selalu yang berbaju biru tu.Kenalan si Bie katernya sebab tu meja kitaorang paling dekat dengan pentas band,amik mood penyanyi katernya.hehee
RA tiba lewat sikit,jam 1030malam baru tiba,saat yang lain-lain baru je lepas makan.Sampai je RA terus minta pesanan minum dari pekerja restoran ini.Sambil menunggu air sampai,kami di hiburkan dengan nyayian di pentas utama.Lagu Hindustan ada,Arab ada,Inggeris ada,Melayu pun ada,jadi tak lah bosan.
Kalau dah duduk dekat dengan pentas tu biasalah,muzik pun kuat.Jadi terpaksalah masing-masing berhubung melalui WhatApps walaupun duduk selang semeja jek.
Hampir sejam RA menunggu air yang di pesan tak datang.Si Zeila sampai 2-3kali panggil pelayan restoran ini dan siap pegi ke tandas sampai tertinggal dompet lagi,tapi Air RA tak sampai jugak.RA sebenarnya memang tak suka gie ke Singgah Selalu ini sebab dah banyak kali terkena macam ini.Tapi demi kawan-kawan,RA datang jugak.Lagipun lama jugak RA tak jumpa dengan Bie (Sabiha) sebab dia dah tak duduk kat JB lagi.
Bila tekak RA makin dahaga,RA pun mintak izin kat semua untuk angkat kaki.Nasib baik yang lain-lain dah dapat makanan yang di minta.Mau hangin RA satu badan mintak Teh O ais tak sampai-sampai.Maaf yea kawan-kawan,tapi RA memang tak berkenan dengan Restoran Singgah Selalu ini melayan pesanan pelangan-pelangannya.Nanti ada masa lagi kita jumpa kat tempat lain pulak okeyyyy....!!!!
No comments:
Post a Comment