Sunday, November 2, 2014

JJNM : Restoran Asam Pedas Johor Setia Tropika


J.J.N.M - JALAN-JALAN NAK MAKAN
RESTORAN ASAM PEDAS JOHOR SETIA TROPIKA

Hari ini teringin pulak tekak nie nak makan lauk Asam Pedas Johor.Mulanya merancang nak makan dekat-dekat rumah jek,tapi rakan RA Kak Ros dan Abang Mad sekeluarga cakap mereka ada di Setia Tropika.Jadi selepas RA membeli cat rumah RA terus menuju ke sana.Bila tiba mulalah menjajau menjari kedai makan yang terbaik untuk mengisi perut.Tulah terjumpa kedai ini.

Kedainya terletak di sebelah komplek Immigration dan Kastam Setia Tropika je.Nampak tak?? nampakkkkk kata Kak Engku dan Abang Salleh Yakop.



 Menu utamanya mestilah asam pedas kan.Kat sini ada asam pedas Ikan merah , ikan pari , ikan kerisi dan ikan ayam dan asam pedas Daging.Selain itu ada juga di sediakan set menu makan tengahari antaranya
SET A : Asam Pedas Pari + Sirap + Telur dadar + sayur goreng = RM 8.90  

 Yang ini pulak ulam-ulam yang di sediakan di sini.Semua berharga dari RM1 - RM 2 setiap satu. 

RA amik Set asam pedas Ikan Pari Abang Mad amik set asam pedas ikan kerisiAnak-anak nya amik asam pedasn ayam dan daging.Kak Ros pulak puasa tengok jek sebab perut dia masih lagi kenyang katernya.

Sambil-sambil makan tengok citer Melodi kat tv belakang tu.Boleh tahan sedap jugak asam pedas di sini.Cuma kalau nak pesan makanan RA sarankan jangan amik asam pedas daging.Rasanya pada daging tu je dah boleh buat kita tak nak rasa kuah asam pedasnya sebab dah macam kuah kari hehe.Apapun selamat mencuba bagi mereka yang inginkan citarasa asam pedas Johor di sini nanti.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....