Saturday, November 1, 2014

Semangat Harimau Selatan

 Perghhh pagi-pagi dah dapat gambar nie...diaorang,nielah gambar 2hari lepas sebelum perlawanan bola Piala Malaysia akhir di hadapan stadium Larkin.Apa pun RA tabik dengan penyokong Harimau Selatan ini sebab mereka tidak teresak-esak saat membeli tiket perlawanan,semua beratur ikut barisan sapa yang datang awal dia yang dapat dulu.

 Dah macam piala dunia la pulak kalau macam nie. 

RA tak ke stadium pun cukuplah melepak tengok di kedai makan.Nak pergi kedai mamak tapi dah lambat,tempat duduk semua dah penuh.Jadi ke Restoran D Kelapa Desa Rahmat.

 Di temani oleh penyokong-penyokong tegar JDT iaitu Kak Ros & Abang Mad sekeluarga yang baru turun dari pesawat Alphard.

Sambil makan sambil tengok perlawanan bola di sini.RA tak cadangkan rakan-rakan makan di sini sebab RA terkena pesan makan Ikan Siakap Steam rasanya macam sup ikan.dia campur dengan air dong...sikit tidak pandai tukang masak di sini.Apa pun walaupun JDT kalah malam ini RA tetap sokong JDT,tapi tak sokong Mat Yo sebab dia dah 2kali melepaskan peluang yang di beri.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....