Saturday, January 3, 2015

JJNM : B.P Cendol Pak O

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
B.P.CENDOL (PAK O) BATU PAHAT

Hari ini RA ke Batu Pahat,hanya untuk santai-santai petang sambil amik bawak balik ayah RA dari rumah kakak RA.Mulannya nak gerak jam 1petang,tapi akhirnya jam 3petang baru gerak ke Batu Pahat tu pun dengan si Jali.Bawak kereta pun santai-santai 2jam kemudian tibalah di Batu Pahat.Perut dah lapar jadi masuk ke Bandar Batu Pahat cari mana-mana gerai yang menjual minum petang.

Tup-tup bila lalu sebelah station bas Batu pahat nampak gerai B.P Cendol Pak O.Apa lagi turun dan singgahlah.Tekak pun dah haus sangat.Inilah dia hasil tangkapan petang tadi.Cendolnya manis guna gula melaka dan santannya tidaklah berlemak sangat.(kalau berlemak sangat nanti tekak cepat haus)

Pekena pulak dengan mee goreng bungkus yang di letakkan kat atas meja.Memang menjadilah menu minum petang RA.Sebungkus mana cukup.

Bila toleh kat meja sebelah ada pulak nasi lemak bungkus.Apa lagi sambar terus dan masuk dalam perutlah.RA oh RA makin gemuklah badan kau hari ke hari.hehehe.Sapa-sapa yang datang ke bandar Pengaram Batu Pahat nie cuba lah singgah di sini.Harganya cukup murah dan memang susah nak dapat harga macam nie kalau kat JB.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget