Tuesday, July 28, 2009

10 Tempat Lepak terbaik di Johor Bahru

YONG TAUFU KG.MELAYU / TAMAN BUNGA ISTANA / ALI BABA KARAOKE-TAMPOI

AYAM PENYET LC KATERING / DATARAN BANDARAYA

MBO - KSL PLAZA / CITY SQARE / DANGA BAY CRUISE

1.WAYANG.
Di sekitar Johor Bahru nie je ada 6Major Panggung wayang.
- TGV : Di Aeon Tebrau City Johor Jaya
- Cathay Cineplex : Di City Square Johor Bahru
- GCS : Leisure Mall Taman Pelangi
- MBO : Plaza KSL
- Iswaria : Perling Mall Taman Perling
- Big Cinema Lotos : Plaza Tasik
PILIHAN RIODENAZ:
1. TGV TEBRAU CITY (cinema baru tetapi mahal)
2.GSC LEISURE MALL (cinema lama tapi santai & murah)


2.SHOPPING
-Aeon Tebrau City
-Pandan Uptown (bazar malam)
- Lingkaran Segget - JB BAZAR (bazar malam)
- KSL Plaza (shopping mall terbesar setakat ini)

- Johor Premium Outlet (JPO- Kulai) Branded outlet
PILIHAN RIODENAZ : PANDAN UPTOWN

3.DANGA BAY CRUISE : (Hanya Jumaat,Sabtu & Ahad)
Siapa yang nak menikmati angin malam di Selat Johor,jangan lupa untuk mencuba menyusuri Selat Johor dengan menaiki cruise.Bayaran utk stay di Deck : RM 10 seorang - Tiada makanan atau RM 50 termasuk makan malam.Kalau tak silap cuise bertolak dari Danga Bay jetty port jam 8pm dan pulang jam 940pm.Untuk Danga Bay Cruise,anda kena tingkat kan lagi mutu buffet makanan di dalam cruise anda..sebab makanan yang di sajikan sekarang adalah kurang menarik.


4.KARAOKE
Terlalu banyak karaoke cafe yang di buka di JB sekarang.Tapi yang paling happening sekarang ALI BABA KARAOKE @ GAINTS TAMPOI & Danga Bay Suara OK

5.CITY PLAZA SPORT STATION (mengadap stadium tertutup MBJB)
Ada gelangang futsal , basketball , snooker , pool , Live band (Malam je) , Dart , Ping Pong.Kalau nak celebrate Birthday party , pilih je satu meja open air dan melihat ke indahan bandarraya Johor Bahru waktu malam dari tingkat 3 City Plaza.

6.KOTA ISKANDAR - NUSAJAYA
Cuba la lepak-lepak di Dataran Iskandar yang lapang...Kota Iskandar pasti menenagkan fikiran anda selepas penat bekerja.Selepas itu lawat ke PUTERI HARBOUR yang bersebelahan sahaja dengan Kota Iskandar.Lepak minum petang di situ sambil melihat perahu layar mewah milik rakyat Malaysia dan warga asing.Akhir tahun 2012 Legoland - Taman Tema Antarabangsa akan di buka.Untuk ke Kota Iskandar anda boleh melalui Lebuhraya persisir pantai dari Danga Bay terus ke Kota Iskandar.Cuma mengambil masa 25minit dari Danga Bay.

7.JOHOR BAHRU DRIFT CIRCUIT
2Kms dari Kota Iskandar,anda akan menemui drift circuit.Selalunya hujung minggu selalu penuh dengan pengunjung yang datang utk melihat drift kereta di sini.Memamg hapening...tapi jgn lupa bawa payung n topi....open space biasalah panas...yang penting masuk percuma.

8.LEPAK MAKAN
Breakfast :
1.Medan selera Hutan Bandar Johor Bahru (belakang Court Mammoth)
2.Medan selera Jalan Abdullah Tahir (depan bangunan MAA)
3.Resturant Hwa Mui - Jalan Dhobi Bandaraya JB


Lunch : 
1.Asam Pedas Nyonya - Tanjung Puteri sebelah pangung Cathay lama
2.Gerai Masak Lemak Siput Sedut Kampung Pasir
3.Yong Taufu - Kampung Melayu
4.Nasi campur Restaurant ZZ - sebelah Hospital Sultanah Aminah


Dinner :
1.Satay Labis - Taman Universiti berdekatan Masjid Tmn Universiti
2.Capati Pakistan - Pandan City Food Court
3.Restaurant Juara Tomyam Taman Cempaka,Tampoi (depan Midas Mart)
4.Mie Rebus Tulang - ZZ restaurant area Yayasan Warisan Johor
5.Nasi Ayam Penyek - LC Cathering (Taman Century tepi Highway Tebrau)
6.Chamek Kopitiam - Bandar Baru Uda jalan Padi Emas sebelah Evon.

9.TEMPAT LEPAK YANG TAK MEMERLUKAN DUIT
Time sengkek boleh lah amik angin di sepanjang jalan pantai Lido (6km panjang) bermula dari depan Zoo Johor sampai lah ke Danga Bay.Ada port untuk meletak kereta ditepi jalan.Sambil tu boleh lah menikmati matahari terbenam atau angin malam di Selat Johor bersama kawan atau family sambil berkelah.Kalau bosan lagi,anda boleh lah lepak petang di Dataran Bandaraya Johor sambil melihat permainan bola di padang.

10.TEMPAT RIADAH
1.Hutan Bandar Taman Mutiara Rini,Skudai
2.Hutan Bandar Johor Bahru (belakang court mammoth)
3.Padang rekreasi Taman Damansara Alif Tampoi (sebelah Lebuhraya P.Gudang)
4.Danga Bay

SO SIAPA YANG ADA TEMPAT MENARIK SEKITAR JOHOR UNTUK DI KONSI - SILA BERI KOMEN K...

22 comments:

zetty said...

terbaik! byk idea nk pegi lepas nie kat area jb. thanks~ hihi ^_^

RioAzzaro said...

post lama nie....
Tapak kawasan JB Drift Circuit sekarang dah jadi Legoland.
Wayang terbaru TGV Bukit Indah.

Anonymous said...

bro rio..yong taufu kampung melayu tu kt mne ye..puas cari xjmpe..berdekatan dgn ape ye..tq

RioAzzaro said...

Yong taufu tu tul-tul mengadap depan Pos Office kampung Melayu.Kat area medan selera.ada satu je kedai yong taufu kt situ

azlan said...

Yong Taufu mmg best depan Pos Office...compozer Rahim Osman selalu lepak kat sini...kalu rajin gi ke depan sikit...tak silap ada 2 restoran yang jual mertabak!!!!!

Azlan said...

Jangan lupa Mee Rebus Lan Janggut dan Mee Rebus Haji Wahid....tapi dah lupa la tempat dia...any respond

RioAzzaro said...

mee rebus lan janggut tak rasa lagi.....

Anonymous said...

Sya nk g jb hotel mane ptt sya tggl..kos rm100 pai rm200

RioAzzaro said...

Hotel :
1.J.A Resident (RM120-RM160)
2.New York Hotel (RM150-RM200)
3.Kozi Hotel (RM90-RM120)
4.Hotel Pariss (RM130-180)
5.Aman Sari JB (RM150-170)
6.Hotel Granada (RM188)

anjang said...

Saya ada byk unit Penapis Air Bio Aura NEW nak jual murah.Stok saya dan member2 yg masuk bisnes MLM Hai-o tp tak dpt cari downline.skrg amat perlukan duit sbb dah berenti main MLM ni dan ingin buat bisnes lain

JUALAN RUGI BESAR...RUGI 21K!!!!!

NEW STOK DARI STOKIS HAI-O!!!!

Harga RM 500 shj

harga asal RM 2080

Berminat call/sms 019-4728996 (cikgu wan)

*Barang baru dari stokis full box dan original
*Warranty 1 tahun drp Hai-O marketing (ada warranty card)
*penghantaran dan pemasangan percuma utk lembah klang_luar pos laju
*saya agen dan pengedar berdaftar dgn hai-o

Alin Marlini said...

sangat menarik tempat lepak di JB ni...

dulu penah pergi JB cuma singgah Danga Bay jek

peonsey said...

Bez waktu mlm....tgk lampu ditepian pantai....mkn mlm kt senibong

Anonymous said...

Time sengek pun leh lepak juga kan?

Anonymous said...

TQ TERIMA KASIH SOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO MUCHHHHHHHHHH~ :D :D


yg mahu bercuti ke JB...

Anonymous said...

Thank bro .

Unknown said...

Ohh. Dekat taman u(universiti) tu satay dia lah yang best eh? Mcm tempat lepak snooker ke, tempat remaja lepak ada kat taman universiti tu?

Unknown said...

saya pegi semalam danga bay best ...

Unknown said...

Jom try din seafood @ yong tau foo kg pasir mcm2 ado....

Faraa Samshudin said...

admin,
boleh post pasal tempat2 pingpong yg ada kt jb tak?
tq...

Anonymous said...

murtabak cheese pn sedap kat jb

Visit My Blog

Jas Elegant said...

Legoland Waterpark di Nusajaya Johor memang sangat sesuai pergi dengan Family.. santai & relaxing.. makanan yang terbaru saya suka adalah di "AZURE RESTAURANT" baru beroperasi tahun lepas, alamat: no 40, jln kolam air 2, nong chik riverside JB (dekat je dengan Thistle Hotel JB). TEL: 016-7796318 . Makanan pilihan saya Nasi Mendi with Grilled Chicken or Lamb Shank. Ada banyak lagi jenis makanan termasuk local food atau western di sini.. bleh check-out facebook page mereka.

Unknown said...

��������������

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....