Entah tetiba aku teringin sangat nak makan Nasi Goreng Makanan Laut di belakang Komplek Stulang Laut tu.Lama jugak aku tak jejakkan kaki aku kat sana.Mana tak nya tiap kali nak ke sana mesti tempat letak kereta penuh atau meja di restaurantnya selalu penuh.Dulu harga Nasi Goreng ini RM6,tapi sekarang dah naik harga ke RM8 sepinggan.Cara masak dia memang lain daripada yang lain,banyak rencah dan paling penting sedap.Malam hari Jumaat yang lepas aku berkesempatan makan di sana bersama teman-teman aku.Aku order 4bungkus Nasi Goreang dengan Ikan Pari bakar.
Sambil menanti makanan sampai,datang lah sorang penjaja menjual buah berangan di meja kami.Olie membeli sebungkus.Mahal jugak RM10 sebungkus.Aku memang tak reti makan buah ini,jadi mereka-mereka jelah yang makan.Dekat 30minit baru lah makanan yang di tempah oleh aku pun sampai.Memang dah lama berhajat nak makan Nasi Goreng ini akhirnya dapat juga makan malam tersebut.
Semua bersetuju dengan Nasi Goreng kat sini.Memang menyelerakan dan sedap.Padat dengan rencah,udang , sotong dan sayur-sayurannya.Kedai dia betul-betul terletak di sebelah kedai runcit yang berdekatan dengan 7-Eleven komplek Stulang Laut.Dekat dengan tangga dan kedai bundel kasut.
No comments:
Post a Comment