Sunday, March 25, 2012

10 Perangai Buruk Rakyat Malaysia

Pernah tak korang terpikir antara perangai-perangai buruk ini ada pada Rakyat Malaysia dan mungkin ada pada kita juga...? Di bawah ini adalah antara perangai-perangai buruk dari kajian yang aku sendiri buat :-

1.Sikap suka meletak kenderaan sesuka hati,terutama sekali yang berdekatan dengan kedai makan atau shopping mall.Alasannya yang di berikan ialah dekat sikit nak jalan kaki,tak payah jalan jauh-jauh.Sikap pemalas nak berjalan kaki dan suka meletakkan kereta sesuka hati,langsung tak fikir perasaan orang lain.Jalan yang dah sempit tu lah menjadi pilihan mereka meletak kenderaan.Tempat letak kenderaan yang di sediakan memang lebih dari cukup dan kalau jauh pun tak adalah sampai 1km.Nie kalau boleh dia nak letak kereta dia dalam kedai makan atau shopping mall tu.Tak payahlah dia nak susah-susah jalan kaki.....

2.Ini pulak sikap yang paling Rakyat Malaysia suka.Suka letak kereta tak ikut lot parking yang di sediakan.Tak tahu lah kat sekolah memandu mana yang diaorang belajar parking. Mungkin juga yang memandu tu badan dia besar macam badak air bernama Gloria dari filem Madagaskar sampai memerlukan 2 ruang lot parking untuk dia letak satu kereta. Mungkin juga mata dia ada masalah kenal warna parking lot tu sejak dalam perut mak dia lagi.Mungkin ada tahu jawapannya??


3.Sikap buat benda atau perkara pada saat-saat akhir.Kalau orang cakap tarikh tutup menghantar borang adalah sebelum 31April 2012,mereka akan jawap ala lambat lagi,ada banyak lagi masa.Kang bila dah nak dekat dengan tarikh tutup tu baru lah nak terhegeh-hegeh bersesak.Masa tu mulakan keluarkan 1001 alasan dan nak marah-marah.Bukan tu sahaja,kalau nak balik bercuti hari raya pun sama,suka rancang pada saat-saat akhir.Bila tak dapat tiket bus nak balik,mulalah salahkan orang lain.Salah sendiri dia tak nampak.


4,Sikap syok sendiri.Kalau kita tengok mana-mana program realiti nyanyian,kita dapat lihat yang mereka ini tahu mereka tak boleh menyanyi tapi suka buat perangai syok sendiri.Kadang-kadang sampai sanggup memalukan diri sendiri di depan kamera tv,tak ada perasaan malu ke?

5.Sikap suka menyertai skim cepat kaya atau mana-mana pelaburan jangka pendik agar cepat-cepat jadi ORANG KAYA BARU.Harus di ingat bukan senang nak jadi kaya ok.Bayangkan kalau semua rakyat Malaysia ini kaya dari skim cepat kaya,tak perlu lah wujudkan sekolah atau universiti untuk belajar tinggi-tinggi jadi doktor,jururawat,polis, jurutera,pengurus, peguam atau apa-apa saja lagi.Cuma jual skim cepat kaya je boleh dapat duit.Esok lusa kalau sakit,doktor pun tak nak rawat.Buat apa dia nak buka klinik atau keja kat hospital lagi,dia boleh kaya jual skim ini tanpa perlu kerja keras... haha......fikir-fikirkan lah.

6.Sikap suka pergi ke tempat membeli belah yang baru dibuka.Pantang dengar ada tempat baru di buka pasti tak akan ketinggalan nak pergi.Kalau boleh nak orang lain tahu dialah orang pertama yang menjejakkan kaki kat tempat tu.Satu kebanggan bila dapat cerita pada kawan-kawan yang dialah antara yang terawal sampai masa pembukaan tempat tersebut.Tu belum lagi dapat tahu ada jualan murah,lagi lah beria-ia nak pergi.


7.Sikap tak reti menunggu giliran untuk mendapatkan sesuatu barang atau menaiki kenderaan awam.Kandang tu dah nampak kita ini berada di depan,dia dengan selamba potong barisan.Nak-nak jenis yang ada kenalan bekerja di kaunter-kaunter kerajaan.Mula lah tak mahu menunggu giliran dan mempergunakan kawan atau kenalan mereka ini tanpa memikirkan perasaan orang lain yang dah lama menunggu.Ada ker patut??

8.Suka makan dari suka bersenam mengeluarkan peluh.Memang lah bila tengok kat TV banyak program yang di buat antaranya senam robik,lari dalam guni,lumba basikal dan macam-macam lagi lah.Tapi selalunya selesai je aktiviti ini, aktiviti makan-makan mesti nak kena ada jugak.Ada tu senam tak sampai pun sejam,tapi terus cari kedai makan Nasi Lemak Bandar Baru Uda,tak pun Asam pedas 8Kati atau Roti Canai kat Taman Universiti.hikhik.....betul tak? Jangan marah Haaa...


9.Sikap suka guna,pakai atau buat barang-barang kawan macam barang-barang dia sendiri tanpa mintak izin.Yang bestnya barang yang kita tak kasi tengok atau tak kasi pinjamkan tu lah yang dia beria-ia nak sangat-sangat nak.Ada tu pinjam barang kawan sampai berbulan-bulan tak pulangkan.Bila di tanya,mula lah bagi alasan berbagai.

10.Sikap mahu memiliki apa yang orang lain miliki.Kalau jiran sebelah rumah beli sofa baru,wah dia pun nak beli sofa baru.Kalau kawan dia beli handphone baru,dia pun nak beli handphone baru,kalau boleh nak lebih dari orang lain.Tak mau kalah dengan kawan-kawan atau jiran tetangga.Tapi yang herannya bila suami sebelah pasang bini baru tak nak lak dia suruh suami dia pasang bini baru...hehehe...


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....