Thursday, April 5, 2012

Aku & Kenangan 80an - 90an

Tahun 80an adalah satu kenangan yang tak dapat aku lupakan.Aku membesar dari keluarga yang sederhana.Bapak aku ketika itu kerja sebagai buruh kasar sementara arwah ibu tidak bekerja.Kehidupan aku tidak lah semewah mana,tapi aku tetap gembira.Kat rumah kami masa tu hanya mengunakan bekalan elektrik yang di bekalkan melalui enjin yang di sewa dari seorang jiran kami dan hanya boleh di gunakan pada waktu malam sahaja.Jam 12tengah malam enjin akan mati dengan sendirinya dan rumah kami pun akan bergelap.Kalau nak tengok TV siang-siang kenalah gunakan bateri kereta yang di cas kat kedai Cina dengan harga RM2 sekali cas (leh pakai untuk 4hari kalau pandai berjimat lah).Pulang sekolah rendah atau sekolah agama mulalah sibuk nak tengok drama-drama popular kat tv masa tu.Pada zaman ini TV1,TV2 dan CHL5 Singapura je yang aku leh tengok.TV di lambakkan dengan drama-drama dari Jepun & Hollywood pada masa tu.Rancangan karton tak usah cakap lah.Kadang-kadang dari jam 3petang sampai 7malam tak henti-henti bertukar siaran.Antara drama Jepun yang menjadi pilihan aku masa tu OSHIN , MEORO ATTACK , GABAN , SURIA PERKASA HITAM & MISS COMET.Tapi yang menjadi pujaan dan sampai aku sanggup ponteng sekolah agama petang adalah cerita MEORO ATTACK.Mengila nak tengok cerita ini.Aku penah gaduh dengan kakak aku pasal dia bukak TV 2jam sebelum cerita tu bermula,jadi bila sampai bila time aku nak tengok cerita tu je , TV dah tak boleh nyala sebab bateri yang cas di TV dah low.Menyinga lah aku masa tu.hehe.Kenangan-kenangan.

Drama-drama dari USA juga tak kurang kalahnya.Drama seperti THE A-TEAM , AIRWOLF , & MANIMAL ini pulak menjadi kegilaan aku pada zaman tu.Nak-nak bila tengok perangai gila-gila Bluto & kelakar dan selalu kenakan rakannya Mr T dalam drama The A-Team.Cara mereka berkumpulan menyelesaikan konfik bersama,kadang-kadang banyak mengajar aku ketika itu.Airwolf pulak mengesahkan tentang Helikopter supersonic yang boleh mengalahkan musuh dengan di lengkapi senjata terkini.Manimal pulak mengesahkan seorang doktor yang boleh bertukar menjadi haiwan dalam usaha membantu mereka yang di dalam kesusahan.Memang tema & jalan cerita drama-drama dahulu nie sangat unik dan kreatif.


Sehinggakan ke drama animasi juga, kartun-kartun dari Jepun tetap memberi saingan yang kuat pada kartun-kartun dari USA.Paling aku minat kartun Toriton yang mengesahkan seorang budak yang mempunyai kuasa luar biasa berenang & menyelam ke dasar laut.Dengan bantuan ikan lumba-lumba dan pedang saktinya dia berjaya menumpaskan Raksasa laut yang menyebabkan Kota Atlantis dan keluarganya terbunuh.Saint Saiya pula menambat hati aku dengan jalan cerita baju saktinya.Silvehawks, Thor, He-Men & Thundercat pula rancangan kartun dari USA kegemaran aku ketika itu.
Tahun 80an juga terkenal dengan permainan tikam-tikam.Habis duit aku di bazirkan dengan membeli tikam ini.Tikam-tikam yang kat bawah ini lah yang paling aku suka.Sebab senang nak menang.Cuma bayar 10sen boleh tarik 2kali.Kalau kena dengan no yang kita tarik,kita berpeluang padankan muka orang dayak tu.Kalau yang paling tengah tu sepadan leh dapat sampai RM1 atau RM2.Tak cukup dengan duit aku,aku tibai duit 50sen - 50sen yang abang aku simpan dalam laci meja tulis dia.Kira dah macam main judi kecil-kecilan la....Sorry yea bro...mintak halal ok.hehe.Kecik-kecik dah giler berjudi kan......Nasib baik aku sedar masa tu.Kalau tidak hanyut aku.
Awal tahun 80an sehingga 90an kebangkitan permainan Game Watch mula merebak seluruh dunia.Pada awal tahun 80an permainan Popeye & Monkey Donk mula menjalar.Pada lewat 80an pulak Casio mengeluarkan game Western Bar & Kungfu pulak.Aku sejak kecik memang tak penah merasa nak memiliki semua Game watch ini sebab bapak aku tak mampu nak belikan.Jadi hanya mampu pinjam dengan kawan-kawan sajalah.Cuma pada lewat tahun 90an permainan catridge game di perkenalkan dan barulah aku dapat memiliki game ini.Ia boleh di sambungkan di TV dan main lah game tu dari pagi sampai ke malam.
1.PIANO MINI - TAPI PANDAI MAIN LAGU HARI JADI JE.2.PATUNG LOMPAT- cucuk kat mana-mana lobang,kalau kena patung tu akan terlambung kelaur3.KAMERA MEKAH - Dapat masa abah & arwah mak balik dari mekah.4.PATUNG KARTUN MASK - Beli masa kat Singapura.Melalak-lalak nakkan benda ini.Motor dia boleh bertukar jadi Helikopter.Nak beli yang lagi besar tapi bapak aku tak mampu nak belikan.Ini pun dah berharga S$15.00 masa tu.


Permainan kad juga mula di perkenalkan pada zaman ini.Bermula dengan Kad Happy Family , Snap , Donkey & Old Maid sampai lah ke permainan lawan kad siapa yang paling kuat.Beli kad bergambar yang tertera kemampuan sebuah kereta kebal.Selalunya dalam kad tu ada 5kategori , pilih mana satu kategori yang hendak di pertandingkan dan kalau kategori yang kita pilih tu menang kita boleh mengambil kad lawan kita.Sapa yang paling banyak dapat kad dia lah yang menang.Awal tahun 90an kad stiker pula makin popular.Beli bukunya kemudian tampalkan stiker di buku itu.Selalunya stiker berkenaan pemain bola dan kartun.Buku sapa yang penuh dengan stiker dialah yang paling hebat.kelakar pulak bila fikir-fikirkan balik...haha

Tak cukup dengan tu,aku begitu kreatif memperkenalkan permainan bola dengan mengunakan kotak ubat nyamuk.Nama-nama pemain di lakarkan di belakang kertas , di warna dan di bentukkan seperti V ke bawah.Bila perlawanan bermula,kedengaran lah suara-suara latar ala-ala menyampai berita sukan memberikan ulasan.Permainan Gasing paling aku suka.Zaman dulu gasing di jual kat kedai mamak dengan harga 50sen.Paksi gasing lak aku buat sendiri dengan mengunakan skrew.Apitkan dengan spannar kemudian di alaskan skrew itu kat belakang besi kapak.Leperkan bahagian kepala skrew tu sampai tajam.Kemudian masukkan kat mata gasing.Bila lawan confirm gasing lawan terbelah dua kalau tak pun sompek.Kitaorang panggil permainan ini lawan pangkah.Cuma permaianan yang aku sering kalah bila berlawan adalah permaian "EMPIRE"(Permainan yang mengunakan buku kotak-kotak matematik)..Tension tul bila kalah.Habis buku-buku sekolah aku aku buat lawan EMPIRE ini.
Tak lupa juga awal tahun 90an.Setiap minggu pasti di dada-dada akhbar terpampang carta Pujaan 10 Nescafe.Lagu-lagu masa tu semua lagu-lagu rock kapak dan tangkap lentok.Pasti ada yg masih ingatkah lagi Tiara dari kumpulan Kris??Tak cukup dengan tu siap buat buku scrap tampal lirik-lirik lagu kemudian hafal macam buku latihan lak hahaha.tak cukup dengan tu Colgate ada melancarkan Kelab Colgate Malaysia.Aku daftar sebagai ahli dengan syarat kena lampirkan 2pelekat colgate bersama semasa berdaftar.Lepas 2minggu surat pun sampai dan aku dapat lencana berserta majalah mingguan aktivit Ahli Kelab Colgate.Seronok sangat sama tu sebab kecik-kecik dah dapat hadiah dan majalan setiap bulan.Tergelak bila terkenang.
Barang-barang mainan kat bawah ini adalah barangan kegemaran aku masa kecik-kecik dulu.Siap melalak - lalak dengan bapak & arwah mak aku kalau diaorang tak belikan untuk aku.

Sekarang semuanya tinggal kenanagan yang mengimbau..Seronok bila dok pikir balik & tengok gambar-gambar ini.





29 comments:

Anonymous said...

Salam...Nak tanya..ingat tak satu citer mat saleh yang lelaki ni ada beruang - grizzly bear...cuba nak recall tajuk dia tapi tak ingat.. rasanya production citer ni tahun 70an tapi tayang kat Malaysia tahun 80an

RioAzzaro said...

alamak citer ini memang tk ingat,sebab awal-awal 80an memang kurang minat tengok citer orang putih....sekitar lewat tahun 80an baru minat tu dtg

Anonymous said...

bj and the bear ke? yang bawak trela tu ke?

RioAzzaro said...

Kalau BJ & The Bear tu dia dgn monyet...bukan beruang kan?

Anonymous said...

tul gak.

Anonymous said...

Bro lama gila mainan motor hijau tue..tringat gua main kat umah lama dulu 80an

RioAzzaro said...

tu la pasal...nama dia Condor

moses said...

Thanks bro..remind me back to those day.

Anonymous said...

haha,aku lahir tahun 80.semua ni menggamit kenangan.tq.

along said...

thanks bro...mohon share kat fb,terbaik la,teringat kenangan membesar dulu sekitar tahun 80'an...tv hitam putih siap ada penutup sliding dan bateri kereta yg dicharge untuk jana tv tu,verry interested...

oun own said...

Ingat tak rancangan kuiz yang mana satu..? Sekitar tahun 80an ke 90an.... sapa ingat??

oun own said...

Ingat tak rancangan kuiz yang mana satu..? Sekitar tahun 80an ke 90an.... sapa ingat??

Sangkakala said...

Cerita mat Salih dgn Grizzly bear tu tajuknya 'Grizzly Adam'.. :)

Sangkakala said...

Cerita mat Salih dgn Grizzly bear tu tajuknya 'Grizzly Adam'.. :)

Yg.Benar said...

The bear kot....

Yg.Benar said...

The bear kot....

Anonymous said...

Yg saya ingt gameshow bina bina..sapa dpt jwb,dpt patung monyet..

Anonymous said...

Salam..nak tanya crita kartun 80an 90an rasa nya..ada budak tu tnggal atas pokok..penduduk plak mcm tnggal kwasan ala2 koboi..lps hbs crita tu cnfirm ada lagu dia berlari2 smp ke hjng..puas ingt n cari tajuk tu...huhu...

Aydin Aidan said...

Salam Alayk. Terima kasih atas perkongsian. Seronok dengar cerita-cerita macam ni. Saya Gen-Z kot, tahun 2000. #throwback

Unknown said...

BJ and the bear

Unknown said...

Adoi...hampir semua kenangan tu aku rasai dari mula sampai kelab colgate...cuma bab mainan tu jer mmg tak mampu beli..

zirwatul said...

Mengimbau kenangan zaman sekolah

Anonymous said...

Salam bro. Baca blog sedara dan komen komen org lain kat sini teringat kenangan masa zaman kecik kecik dulu. Sy lahir 1980.sy pun bukan dr keluarga senang tp kehidupan masa kecik kecik bnyk kenangan pahit manis terutama tahun 80an dan 90an.sekarang ni kalau termenung sorang sorang selalu terkenang zaman tu. Rasa nk balik semula je ke zaman tu. Tp apa kan daya ia tk akan berlaku. Apa pun blog sedara mengimbau nostalgia. Thanks

RioAzzaro said...

KAN...tahun 80 & 90an paling nostalgia...
bila dok pikir-pikir semula...dah tua rupanya aku hahahaha

Unknown said...

Hello
Saya Saya lahir 1979...ada crita pendidikan setiap pagi di tv2...lakonan mat salleh tu seakan2 seorang secret agent...dia slalu pakai baju hawaii dan bseluar pendek bawa camera...apa nama siaran tu?

Unknown said...

Assalam semua.. Aduhhh kenangan mendalam sesangat.. Lencana colgate tu aq curi sepupu aq punya.. Dia orang kaya.. Aq org susah.. Nk tgok tv pun tumpang rumah orang. Prmainan paling mahal pun, permainan org menungang kuda, setiap kali picit tali pemegang angin,kuda tu melompat.. Abg aq suka ketuk dan leperkan jadi tajam penutup botol, tebuk tengah2 letak tali pusing2kan tali tu pastu tarik.. crita tv cina season tree, crita alih suara jepun pelumba lari yg bernama kiko, setiap kali hbis crita tu pasti lagu perantau dri jamal abdillah.. Paling yg x boleh bla, crita jepun sesuka, yin, bacang.. (lupa tajuk crita) brgaduh dgn abg brebut siaran tv. Abg aq tgok crita knight rider.. Hmm kenangan2.. Hahaa pnjang kau aq typing nk mngimas kmbali brcita dulu pnya pasal.. Trima kasih tuan rumah mgingatkan aq..

RioAzzaro said...

kan...tak sangka cepat masa berlalu

Unknown said...

Sambil org tu panggil "aeroplane! Aeroplane!".... Yg tu ke...?

Emmeth.Azlinna said...

Aku suke istana takeshi

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....