Katanya esok nak tengok wayang cerita Skyfall - 007.Jadi malam ini RA kenalah beli tiket awal,sebab takut nanti dapat tempat duduk paling depan pulak.Jadi selepas kelas Dino "Pump & Shape",RA terus bergegas ke TGV Bukit Indah untuk membeli tiket.7tiket dewasa untuk tayangan jam 11malam esok.
Dalam perjalanan nak pulang tu perut terasa lapar pulak,jadi singgah lah ke Gerai Buger Bakar No1 di Nusa Duta.Kalau nak tahu kedai ini terletak berhadapan Gaints Nusa Duta & Bank HSBC Amanah.Harga untuk 200gram burger ini RM6.50 kalau nak tambah cheese kena tambah RM1 lagi.
Buat tempahan kat meja depan gerai ini,amik no tempahan dan buat bayaran.(dah macam berurusan nak buat passport pulak)...hehe.Bila dah siap nanti diaorang akan panggil no tempahan kita tu.Nasib baik masa RA datang tak ramai orang.Jadi takde lah tunggu lama.Dalam 10minit dah siap dan boleh bawak pulang.
RA beli Burger Daging 200gram + Cheese RM6.50 + 1.00 = RM 7.50.Sos burger bakar kat sini memang meletop sedap dah tu dagingnya puntebal.
Inilah hasilnya setelah di bawa pulang ke rumah untuk di makan.Sambil makan dengar lagu keroncong di Radio Best 104 memang mengasyikkan.Tangkap lentok beb!!!!
No comments:
Post a Comment