Malam ini pulak aku boleh tiba-tiba terpingin nak makan "Tahu Goreng".Kat mana lagi kalau bukan kat "Warong Saga" yang terletak di Jalan Mahmodiah off Jalan Yahya Awal tu.Aku suka suasana di kedai makan ini.Suasana kat sini sangat-sangat aman dan tenang.Mana taknya sambil menghirup kopi dan makan tahu goreng pelanggan di perdengarkan dengan lagu-lagu keroncong dari Radio Best 104 yang di pasang oleh tuan kedai ini.Hanya di Radio Johor Best 104 sahaja lagu-lagu Keroncong dapat di dengar bermula jam 10malam hingga ke 12 tengah malam yea.Tidak di radio Indonesia,Singapura atau di mana-mana di dunia ini.
Sambil menikmati makanandapat jugak mengimbau kenangan dari gambar-gambar lama yang paparkan di dinding Warongini.Makanan yang di hidangkan lebih kepada makanan goreng orang Melayu.Nasi Goreng Kampung & Biasa,Mee Goreng,Mee Hoon sup,Nasi Ayam Goreng & sambal,kueh tiew goreng.Makanan kat sini biasa-biasa sahaja.Tapi yang paling istimewa ialah Tahu Gorengnya.Satu set berharga RM3.00.Kuah kacangnya cukup manis dan sesedap rasa.
Lama jugak usia warong ini.Bayangkan sejak umur aku 19tahun lagi dah ada.Masa tu belajar kat Kolej Rima yang terletak selang 50meter je dari warong ini.(Kolej ini pun dah tutup dah sekarang).Banyak kenangan manis di sini,sebab tu bila makan kat sini pasti meninggalkan kesan.Warong ini pun dah mula di baik pulih.Kalau dulu lantainya bersimen biasa sahaja.Tapi sekarang dah di simen batu Mar-mar.Dinding tepi yang menayangkan gambar-gambar lama pun dah di baik pulih.Pendik kata lebih kemas dan sangat Kozi.
Sekarang tuan kedai letak piring hitam pulak kat dinding warong ini.Deko terbaru tu.
Yang ini pulak gambar-gambar bangunan lama di Bandaraya Johor Baru sekitar tahun 1985-1995.
Pawagam yang dahulunya cukup popular di Johor Bahru.Di atas ini Pawagan Cathay di Jalan Lumba Kuda yang sekarang di bina pusat Immigration dan Kastam.Bawah ini pulak pawagan Lido dan REX yang dahulunya terletak bersebelahan antara satu sama lain di hadapan Komtar.Pertama sekali aku tengok wayangkat sini masa umur aku 11tahun.Abang aku bawak pergi tengok citer Batman (ala yang Michael Keaton berlakon tu) lawan dengan Joker.Ada tempat duduk kelas pertama dengan kelas biasa lagi.Yang kelas pertama dapat tengok wayang kat tingkat atas (ala-ala tengok Broadway lah).Sekarang mana ada.Nostalgia sangat kan.Sambil tengok gambar-gambar dengar pulak lagu-lagu kerongcong & hirup kopi segar.
No comments:
Post a Comment