Friday, October 26, 2012

Jalan-Jalan di Hari Raya Haji

Salam AidilAdha buat semua rakan-rakan Blog dan buat sapa-sapa yang membaca blog saya yang tak seberapa ini.Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap di dalam penulisan ini.Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan.

 

Dan bersempena Hari Raya Korban ini , inilah lembu jiran depan rumah RA yang bakal di sembelih.Lembu ini milik Pak Mat jiran depan umah yang berniat untuk di korbankan.Jinak pulak lembu ini.Budak-budak duduk atas dia pun dia buat tak kisah.Ini dia sedang duduk sambil menikmati makan tengaharinya.Selepas sembahyang Jumaat dia akan di sembelih.Ok kita tinggalkan cerita lembu yang akan di sembelih ini,sebab selepas sahaja solat Jumaat RA dan 3orang anak saudara teruna RA telah pergi ke Puteri Harbour Nusajaya untuk ke Taman Tema Hello Kitty World & The Big Club.

 Dengan merentasi cuaca panas RA dan 3orang lagi anak saudara RA iaitu Fahmi,Faiz dan Iwan masuk ke sini.Maklumlah hari ini pembukaan rasminya.Ada 4tingkat kesemuanya.Tapi kami semua tidak dapat masuk sebab tak beli tiket.Harga untuk My Kad bagi 2 taman tema ini RM85 kalau beli di kaunter.Tapi kalau beli melalui laman web Air Asia Trex harganya RM65 sahaja dan kena masuk sebelum 11Nov2012.Harga biasa RM50 untuk satu taman tema.

Inilah ruang legar taman tema ini yang mempunyai kafe,kaunter tiket dan kedai menjual barangan Hello Kitty & The Big Club.Kalau dah beli tiket boleh naik mengunakan tangga bergerak untuk ke tingkat satu hingga 4 untuk menikmati suasana di sana. 

 Maaflah yea,tak ada gambar di dalam Hello Kitty World atau The Big Club sebab RA tak beli pun tiketnya.Nak tunggu bulan depan baru beli.Jadi nanti dan tunggu ajelah pada keluaran akan datang yea.

 Dah puas pusing-pusing bangunan Hello Kitty tu (ala-ala kat luar negara katernya),kami pun ke Legoland (tapi amik gambar kat luar je) 3orang anak saudara RA ini takde beli pas lagi.Bila tanya dah ke pintu masuk Legoland ke belum,yang si Fahmi dan Faiz tu jawap "kitaorang lalu tengok dari highway je".Bila tanya si Iwan nie pulak,dia jawap tak pernah jejak kaki ke Nusajaya pun,dah duduk kat Singapura datang JB bila mak ayah dia bawak je.Anak saudara RA si Iwan ini rakyat Singapura,sebab abang sulung RA (bapak dia) tak mahu tukar ke rakyatan semasa semua keluarga berpindah ke JB.(masa tu RA belum lahir lagi).RA je sorang yang lahir kat Johor,adik-beradik yang lain lahir kat Singapura.Jadik lah yea amik gambar kat luar je,buat kenang-kenangan.Nanti korang semua dah kerja kumpul duit leh masuk sama-sama kat sini.

Selepas ke sini,RA terpaksa bergegas hantar diaorang ini pulang ke rumah sebab jam 5petang ada acara lain pulak nak pergi.Nak ke Universal Studio Singapura pulak.Bingkisan dan ceritanya ada di blog yang akan datang.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMUA....

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....