Saturday, October 13, 2012

Misi Membuang Dan Menambah Lemak

 Nah amik kau makan lagi malam semalam.hehehe.Inilah dia Daging Salai masak lemak cili api yang hanya ada di Chamek Kopitiam.Ada banyak cawangan Chamek Kopitiam kat Jb ini,tapi yang semalam aku pergi kat Danga Bay jek sebab tak jauh dari GIM aku.Lepas je habis kerja semalam aku terus ke Clark Hatch kononnya nak GIM tapi bila sampai,badan jadi tak larat.Jadi hari tu masuk kena Sauna jelah.Lepas sauna terus tunggu si Azie,Kak Rovita & Nik turun di Lobi GIM.Mereka ini bersemangat nak membuang lemak-lemak di badan katernya.Abang Yunus pulak kena mengaji dulu,lepas mengaji baru boleh dia datang ikut kitaorang.Tepat jam 9malam mula lah masuk ke Chamek Kopitam bersama Nik & Kak Rovita.Abang Yunus & Ustaz yang mengajar dia mengaji pulak datang 30minit selepas itu.Jadi malam itu selepas membuang lemak kami semua menambah lemak semula.Nasib baik Si Azie dan Olie tak dapat ikut serta,kalau tak dia pun jadi macam kami...huhu.Rupa-rupanya Kopitam ini tutup awal pulak,jam 10malam dah nak tutup.Tapi kami lepak kat sini sampai jam 1030malam.Sampai pekerja restoran ni cakap "kami nak tutup" baru lah kami keluar hehehe.... Gitulah gamak ceritanya.


Hujan membasahi bumi Johor Bahru tengahhari ini.

 Dan hari ini pulak hujan turun dengan lebatnya.Aku menempuh hujan lebat menuju ke Plaza Larkin - Selera Johor untuk minum petang sambil pekena Rojak Asma Larkin di sana.Memang terkenal kesedapan rojak asma ini.Kenapa ianya di panggil Rojak Asma? aku sendiri tak tahu.Tapi asalkan sedap pasti menjadi sasaran aku.Nak nak bila pekena saat hujan-hujan ini,di tambah dengan teh tarik panas.Pasti orang yang kenyang pun akan jadi lapar semula.

 Sebenarnya minggu lepas baru makan kat sini dan minggu ini atas desakan si Olie kami lagi sekali datang ke sini.Inilah dia gerai Rojak Larkin tu.

 Berhadapan dengan gerai ini pulak Gerai Asam Pedas Mat Misai.Depan tu pulak ada gerai Kacang Pool,Nasi Ayam Hainam & Mee Rebus Stulang.Semua gerai yang berada di sini adalah menu utama selera Johor yang di buka di bawah satu bumbung.Kehadiran ketepatan masa kawan-kawan aku datang pada hari ini adalah sangat lemah yea.30minit kelewatan gara-gara dedikasi katernya....

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....