Sunday, September 9, 2018

JJNM Medan Selera Teluk Sengat

JALAN JALAN NAK MAKAN (JJNM)
MEDAN SELERA TELUK SENGAT GERAI NO 12 

 Hari ini selepas daftar keluar dari Lotus Desaru Resort kami ke Tanjung Buai.Hajat di hati tu nak rehat-rehat di warong terapung di sana.Tapi hari nie kedainya tutup pulak.Jadi selepas bergambar di sini kami pulang semula ke Teluk Sengat untuk menikmati makan tengahari.Nak kata tengahari takde lah sangat sebab jam dah pukul 2petang pun.
 Jadi kami singgah ke Medan Selera tepi laut Teluk Sengat yang bersebelahan dengan jeti.Kat sini kalau hujung minggu dan cuti umum memang penuh yea.Carilah Gerai no 12.
Tak jauh pun dari Senai-Desaru Expressway.
 Naaahhh Nasi Goreng Seafoodnya....Menarik kan....
Sebenarnya RA pun tak pasti yang gerai ini ada jual menu sebegini.Ingat Nasi Goreng Seafood biasa-biasa jek.Harga sepinggan RM15.
Haa Yang ini pulak TomYam Seafood.
Memang kena datang dah cuma tomyam nie.Kuah dia sedap sangat.Puas hatilah dapat makan macam nie dengan harga cuma RM15 sahaja.
Puas hati dan sedap.Memang pilihan semua jika ke Desaru mesti singgah ke Teluk Sengat.Lokasi cuma sekitar 15km dari Desaru.Sekali kena sengatttt mesti ingat hahaha.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....