Friday, May 31, 2013

JJNM : Mariners Cafe

JALAN - JALAN NAK MAKAN (J.J.N.M)

MARINERS CAFE

Wah minggu ini memang minggu makan je lah buat RA.Dah seminggu lebih asik makan je kejanya.Kali ini JJNM membawa anda ke salah sebuah restoran masakan Melayu dan Barat iaitu "Mariners Cafe".Lokasinya terletak di Jalan Tan Hiok Nee dan juga antara lokasi bazar karat JB. 

Sangat kozi tempatnya.Menu yang ada kebanyakkannya menu masakan barat dan Melayu.Malam semalam RA dengan si Jali bertemu di sini untuk membincangkan tentang lawatan kumpulan ke Pulau Batam.Jadi tempat ini memang sesuai untuk di bincangkan.

Menu yang RA makan ialah mee tomyam.Si Jali pulak makan nasi lemak special.Bila tengok sambal ikan bilis nasi lemak si Jali RA rasa lah sikit.Memang terbaik lah sambal dia.RA memang jenis orang yang suka makan sambal.Jadi sambal nasi lemak kafe ini RA boleh bagi 4 setengah bintang (****).Terbaik sangat.

Untuk mee tomyam yang RA amik ini RA boleh bagi 3bintang sahaja.Sebab rasanya sama dengan tomyam-tomyam yang ada kat kedai-kedai kelantan di luar sana.

Mungkin lain kali RA ke sini RA akan amik Nasi Lemak atau mencuba masakan baratnya pula.

Dekorasi ini dari tingkat bawah.Sebab malam tu macam malas pulak nak naik ke tingkat atas.Kafe ini ada 2tingkat.Bahagian atasnya RA tak cuba naik lagi.Mungkin lain kali datang RA akan naik di atas.

Maaf yea mutu kamera tidak memuaskan.Maklumlah sekarang ini sesejak dah ada kamera kat telefun bimbit dan malas nak bawak kamera digital.Malas nak cas baterinya yang cepat habis.Jadi inilah hasil yang terbaik dapat RA amik.Lain-lain gambar yang tidak berlabel tu RA amik dari website pemilik restoran ini.

 

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....