Saturday, May 11, 2013

JJNM : Warong berhampiran PPD Johor

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN

WARONG PAGI JALAN ABDUL RAHMAN ANDAK

 Wah pagi lagi RA dah bangun untuk ke DangaBay menjalankan tugas tidak rasmi di sana.Selesai sahaja tugas tersebut RA terus memecut ke Jalan Abdul Rahman Andak untuk bersarapan di warong yang terkenal dengan lontongnya.Untuk pengetahuan semua warong ini terletak berhampiran dengan PPD Johor (Pejabat Pendidikan Daerah) dan ianya sederet dengan rumah Menteri Besar Johor.Tak berapa jauh dari sekolah St John dan Tropical Inn hotel.Cuma ada satu je warong di jalan ini dan ianya beroperasi dari hari Isnin hingga Sabtu (pagi sahaja).Masa RA sampai terdapat banyak kereta yang di letakkan di tepi jalan.Tengok sajalah orang beratur nak tunggu giliran memilih makanan. 

 Menu utama di sini ialah Lontong Kuah,Lontong Kering,Mee Goreng,Kueh Tiew Goreng,Mee Hoon Goreng,Mee Soto,Nasi Lemak dan pelbagai lauk pauk seperti Sambal Udang,Tempe,Paru,ayam,telur dan sayur goreng.Orang yang datang di sini pun tak putus-putus habisnya.RA memilih untuk makan lontong kuah dan rasa kuah lontong ini di tambah dengan tempe gorang memang menyelerakan.Anak-anak Olie dan Kak Ros pun menyukainya siap tergelak sambil main permainan video di tab komputer masing-masing.

Dari jam 830pagi RA sampai sampailah ke jam 1030pagi orang tak putus-putus datang di warong ini.Makanan kebanyakkan abis selepas jam 10pagi.Tapi pada waktu hari bekerja makanan di sini tak sampai jam 9pagi dah abis ke semuanya.Jadi bagi anda yang nak ke sini pastikan datang awal yea.Walaupun tidak semua rakan-rakan RA yang datang pagi tadi di sini,tapi gamat juga meja kitaorang sebab asik bercerita tentang hal-hal duniawi.Sambil makan sambil cakap sedap.Bagi yang tak sempat nak turut serta sebab nak hadiri mesyuarat PIBG sekolah,menghantar anak ke tuisyen dan ke Kuala Lumpur,di harap jangan merajuk yea kami makan dulu....huhu

Muka-muka ceria dan tak boleh blah yang sempat di rakam oleh lensa kamera dari telefun bimbit RA.

Ceria-Ceria Selalu

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....