Saturday, December 7, 2013

JJNM : Restoran Cookies & Ginger


JALAN - JALAN NAK MAKAN : J.J.N.M

RESTORAN COOKIES & GINGER 

- ADDA HEIGHT -

Lama dah rasanya tak kemas kinikan blog RA nie.Maklumlah akhir-akhir tahun cuti sekolah nie RA terlalu sibuk dengan urusan kerja sendiri dan kerja makan gaji.Terima Kasihlah kepada semua yang datang ke JB dan Singapura mengambil pakej yang RA sediakan.Berbalik pada edisi JJNM kali ini,RA dan rakan-rakan berkesempatan ke Adda Height Johor Bahru menikmati makan malam di sana.Restoran Cookies & Ginger yang baru di buka oleh pasangan dari Singapura ini menyajikan juadah makanan barat yang menjanjikan.

Suasana restoran yang begitu kozi dan terletak di deretan rumah kedai di jalan Adda 3/1.Bagi yang datang dari arah utara bolehlah mengunakan leburaya kempas - JB dan bagi yang datang dari arah bandaraya bolehlah mengunakan EDL dan keluar melalui simpang ke Bandar Dato Onn dan Adda Height.Bila dah masuk ke taman ini ,anda masuk ke simpang lepas bertemu lampu merah yang ke dua.Makanan-makanan di sini memang menjanjikan untuk pengemar-pengemar makanan barat RA memang sarankan ke sini.Size makanannya juga memang besar dan pasti pulang dengan kekenyangan.Wah dah macam tokeh kedai lak aku promote.Tak percaya? lihatlah gambar-gambar makanan yang kami makan malam ini.

Harga amat berpatutan,khidmat pelanggan terbaik , makanan yang di tempah pun cepat sampai.Halal lagi sebab tuan kedainya orang Melayu Singapura.Masa RA ke sini ramai juga pelangan-pelangan dari kalangan orang Singapura di sini.Nama makanan nie pun RA dah lupa daa...tapi yang macam subway ada ayam dalam roti tu namanya "Smooked BBQ Chiken" tu RA yang punya.

Bila tengok deko kat restoran nie teringat lah kenangan berbasikal depan rumah katernya yea Kak Ros.Nak amik gambar tangan sebelah mesti ada kat bahu,nanpak manja katernya.

Jumlah makanan yang kami makan malam itu kesemuanya RM168.00.Bayaran di sini hanya tunai yea.Jadi yang tak ada duit tunai tu sila la ke mesin ATM dulu.Yang tidak berkesempatan datang nanti kita pergi lagi makan kat sini yea.Yang baca blog ini pun boleh ikut sama bagi meriah hehe...Harus di ingat,kalau nak datang makan di sini pastikan datang awal,sebab sentiasa penuh.Jam 1130malam kedai dah nak tutup sebab makanan cepat habis.

SELAMAT MENCUBA HEHEHE

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....