Kalau ke Bestmart atau ke Taman Nusa Bistari 2 jangan lupa untuk singgah di restoran di Abg Simpang ini.Restoran milik rakan sekelas sekolah rendah RA ini beroperasi dari jam 6petang - 230pagi setiap hari kecuali Isnin.
Kat restoran ini ada pelbagai makanan goreng yang di sediakan tetapi dalam banyak-banyak menu Kueh Tiew Goreng menjadi pilihan RA.RA kalau pasal makanan memang cerewet dengan 2jenis makanan.Satu : KARIPAP dan dua : KUEH TIEW GORENG.RA sukakan kueh tiew goreng yang seperti orang cina buat dan Restoran sini memang menepati citarasa RA.RA bagikan 4setengah bintang pada Kueh Tiew Goreng Restoran di Abg Simpang.
Geng mengeteh yang hadir malam tadi pun boleh tahan ramai jugak.Keluarga Olie, Abang Mad dan Kak Rovita turut serta hadir.Makan memang syok sampai tak sedar jam dah menuju ke pukul 12tengah malam.Apa yang RA dapat tengok semakin jauh malam semakin ramai yang meninggah sama ada untuk makan di sini atau bungkus bawak balik
Inilah dia antara menu yang terdapat di sini :
Mee Goreng
Kueh Tiew Goreng (wajib cuba) ****
Mee Hoon Goreng
Nasi Goreng
Nasi Lemak
Ayam Goreng Berempah
Ablong Daging/Ayam/Kambing/Rusa
Burger Daging/Ayam
Tu dia muka tokeh restoran ini,orangnya tinggi-tinggi berbadan seperti Malek Noor dan orang yang paling sibuk setiap malam di sini.Sibuk macamana pun sempak jugak bergambar dengan kami tu.Amboi tengok jelah gelak beso si Ozie , Kak Ros & Kak Rovita malam tu.Yelah mana tak nya dok cerita pasal Bomoh Alakazam Tamparan Buaya tu.
Menu Burger dan Ablong memang menjadi pilihan ramai orang bujang yang lalu lalang di sini.Ada tu mintak pesanan dari dalam kereta je,malas nak kelaur katanya.Hati-hati jangan sampai hadang perjalanan kereta orang lain.
Kalau ada sesiapa yang nak mencuba sila lah datang ke kedai Kawan RA ini.Ini bukan nak amik hati kawan,tapi memang menu-menu di atas ini betul-betul menjanjikan.
No comments:
Post a Comment