Sunday, May 24, 2020

Selamat Hari Raya Semua

 Maka hari ini 1Syawal bermulakan norma baru berhari raya.Sambutan tahun ini ala kadar sahaja yang mana hanya di benarkan berhari raya dan kunjung mengunjung pada hari pertama sahaja.
 Tahun ini tak dapat bergambar bersama-sama keluarga jadi sempatlah RA membuat ubahsuai gambar raya tahun ini agar nampak lebih meriah.
 Tahun ini baju raya semua pakai baju tahun lepas.Cuma tanjak sahaja yang baru.Kalau korang nak beli tanjak boleh DM tepi RA yea.hehehe.Harga kawan-kawan je RA bagi.Memandangkan RA minat naik gunung jadi RA membuat pengubahsuaian gambar seperti di atas nie.Salam dari Kinabalu katanya.
 Lepas kena perli asik amik gambar dengan baru yang sama je,esoknya RA bergambar lah pakai baju lain.Nanti orang cakap kita tak mandi lak hehe 
 Semua gambar-gambar ini RA edit sendiri.Bersesuaian lah dengan tema hari raya tahun ini iaitu Beraya dalam norma baru katanya.
 Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari RA...Kalau ada yang berminat nak edit gambar macam nie leh DM RA terus FB : Rioazzaro...Bukan takat edit untuk gambar raya je,untuk gambar peribadi atau untuk produk niaga pun boleh.Harga? boleh bincang mur mur jek tak sampai puluh-puluh ringgit pun.hahaha

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....