Sunday, January 6, 2013

Antara KSL dan AJL 2012

 Ini apa pulak kisahnya? Di malam Anugerah Juara Lagu 2012 Nik telah merancang menonton siaran ini bersama-sama,jadi abang Chu pulak memberi cadangan makan sambil menonton di Restoran yang mempunyai skrin TV yang besar sebab katernya senang nak menyanyi nanti orang boleh nampak dia.Tempat yang bermain di fikiran RA ketika itu Restoran Safina Nasi Kandar sebelah Kondo Lagenda di hadapan Tasek Utara.Tetapi sebelum siaran ke udara kami mempunyai 1jam 30minit masa terluang.Untuk memenuhi tuntutan masa itu kami pun ke KSL Plaza berjalan-jalan sambil mencari barangan hadiah yang hendak di beli oleh abang Chu buat Kak Rovita.Maka terjadi lah cerita terjebak membeli-belah di sini.Tengok abang Chu tu membeli belah sampai tak pandang kiri kanan lagi.  

Jam 850malam kami terus keluar dari KSL menuju ke Restoran Nasi Kandar Safina.Di sebabkan kelewatan  ,RA tiba jam 930malam di sana tertinggal slot Hafiz & Adira menyanyi lagu Ombak Rindu di AJL.Tapi makan tetap makan,sebab dari tengahari RA tak menjamah nasi.Inilah dia Nasi Kandar yang di idam-idamkan.
Nasi Dhal + Ayam Kari + Sayur Kobis + Kuah Kandar campur = RM9.20 sepingan.Tapi ada yang duduk sebelah RA nak berdiet (katernya) makan Roti Canai Kosong + Tisu lap minyak je.Dia tak tahu yang sekeping roti canai + Kuah = 200kalori (15gram lemak) lebih kurang je dengan nasi kandar yang RA makan tu.huhuhu (amekaw)
 Inilah dia Kedainya

Dan ini pulak siaran AJL di skin besar yang di minta oleh abang Chu.Kitaorang dapat tempat duduk depan lagi tau.Siap panggil penyanyi latar duduk kat meja kitaorang.Korang ado?

Dan seperti yang RA jangakan Lagu kegemran RA dan juga lagu latar bagi blog RA menjuarai AJL 2012 tahun ini.Tahniah buat kekasih (wah kekasih) RA - Yuna kerana mencipta lagu yang sangat sedap di dengar dan tidak jemu.

 

TERUKIR DI BINTANG

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu

Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba


Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagiSeribu tahun pun akan ku nantiKan… kamu…Sayangku

Jangan kau persoalkan siapa di hatikuTerukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....