Hari yang sama tetapi pada waktu yang berbeza,RA telah ke McDonald di Petronas Taman Kobena untuk menghadiri perbincangan dan mesyuarat X-SMPT Alumni.Tetapi alangkah terkejutnya RA bila tetiba tempat mesyuarat pada petang itu di tukar ke McD Setia Tropika...Ish ish ish,lain kali kalau nak tukar tempat sila telefun kami yea ketua AJK,jangan beritahu di saat-saat akhir.Tengok RA terpaksa berpatah balik pusing ke Setia Tropika pulak.
Baiklah mesyuarat kali ini bagi membentangkan tempat dan harga yang akan di kenakan untuk para peserta yang mengikuti perjumpaan Alumni kali ini.Dan inilah muka-muka AJK yang hadir pada petang itu.(muka RA terlupa nak amik sebab dok membentangkan je senarai harga hotel)
Cik Ziela , Puan Siti,Puan Jue,Puan Adiel,Puan Jack,Incik Zaidi,Incik Mamak,Incik Boy.
Semua yang hadir begitu komited yea untuk menjayakan aktiviti ini.
Akhirnya setelah berhempas pulas selama 3jam memerah otak,kami mendapat satu resolusi dan kata sepakat.Berikut adalah keputusan yang telah di buat.
TEMA : SMPT ALUMNI 1994
TEMPAT : A FARMOSA RESORT MELAKA
TARIKH : 30 & 31MAC 2013
HARGA PAKEJ SEKELUARGA : RM 400 (MAX 2Dewasa + 4anak)
PAKEJ BUJANG : RM200 SEKEPALA
No comments:
Post a Comment