JALAN - JALAN NAK MAKAN (J.J.N.M)
MEE BANDUNG KAK HANIM GERAI NO 9
- SEBELAH BILIK PAMIRAN HONDA,SKUDAI KIRI -
MEE BANDUNG TERBAIK DI SINI.
Malam ini RA dah jumpa dah Mee Bandung yang RA cari - cari selama ini.Dah banyak kali nak datang kedai ini tapi bila datang kedainya dah tutup.Dia bukak siang je dan kadang-kadang je bukak malam.Tapi malam ini nasib RA memang baik.Kedainya masih buka dan dapatlah RA merasa Mee Bandung Odeon yang istimewa ini.
Mula-mula sampai atas meja dan tengok kuah serta telur nya dah tau memang sedap.Bila dah rasa memang sedap.Teringat kat Mee Bandung zaman sekolah dulu kat pekan Batu Lima yang selalu RA pergi dengan arwah ayah RA rasanya saling tak tumpah.Cuma yang di sini kuahnya tidak mengunakan rempah kacang sebaliknya mengunakan rempah udang kering yang tidak terlalu lebih macam sesetengah kedai tu.Ada sotong, daging, telur, tomato dan hirisan daun sup.
Tak perlu banyak gambar cukup dengan gambar-gambar ini sahaja dan RA berani cakap ianya memang sedap.Kalau sesiapa nak pegi kedai ini ianya terletak bersebelahan dengan Bilik Pamiran Honda Moto (dulu CIMB Bank) Kampung Skudai Kiri.Tapi ada banyak deretan kedai makan tau kat situ.Cari gerai no 9 iaitu 2 dari belakang.Kedainya dekat Restoran BFC.
Pek Bungkus penuh sepinggan.Tuan kedai tak lokek - mee banyak , ada sotong , udang , daging , telur macam-macam lah....
Pek Bungkus penuh sepinggan.Tuan kedai tak lokek - mee banyak , ada sotong , udang , daging , telur macam-macam lah....
No comments:
Post a Comment