Saturday, January 26, 2019

Trans Bukit Payong lah

 Tahun lepas RA dah ke sini tapi hari ini RA datang lagi bersama Abang Lan,Fizri dan Nik yang pertama kali ke sini untuk menyinggah dan menikmati 5bukit paling popular di Batu Pahat.Trans Bukit Payong ini melalui 5bukit dan perjalanan di anggarkan sekitar 9-10KM.
BUKIT PAYONG 
BUKIT ALAM
BUKIT BANQUET (pemandagan di tutup pokok)
BUKIT BERDIRI
BUKIT BOTAK
Ketinggian Bukit Payong cuma 260meter sahaja,tetapi di permulaan trak anda di sajikan dengan trak yang mencanak sekitar 150meter.Jika anda berjaya melepasinya trak seterusnya akan lebih mudah.Jangan lupa bergambar di Batu Kepala Gajah yang ada di trak ini.
Inilah pemandangan dari Bukit Payong.Masa perjalanan ke puncak sekitar 40minit ke 1jam ikut kemampuan masing-masing.
 Bersenang lenang di puncak Bukit Payong adalah satu nikmat rehat dengan pemandangan alam yang tidak akan dapat di lupakan.
Hati-hati jika bergambar di atas batu ini.Jangan pulak ramai-ramai naik tempat ini bukan besar sangat pun tapi memang sesuai untuk di rakamkan menjadi kenang-kenangan nak-nak buat budak baju putih yang baru pertama kali ke sini tu.
Dari Bukit Payong RA meneruskan perjalanan ke Bukit Banquet.Ada beberapa laluan curam yang perlu di lalui tetapi tidaklah extrem sangat.Anda hanya perlu berhati-hati sewaktu turun dari batu yang tinggi ini sahaja.Selepas tu laluan landai menanti anda sehingga lah ke Bukit Banquet.Perjalanan selalunya mengambil masa 20-30minit ke sini iaitu sekitar 2km.
 Trak dari Bukit Payong ke Bukit-bukit yang yang berjiran dengannya ini agak panas sedikit yea.Jadi pastikan anda bawa air yang mencukupi sebab ada laluan yang tiada pokok-pokok langsung hanya rumput dan semak jer.Tak banyak pemandangan yang dapat di lihat dari Bukit Banquet dan Bukit Alam kerana pemandangannya di tutup oleh pokok-pokok.Jarak antara keduanya pula sekitar 3-4km dan agak landai dan berbatu.
Nak ke Bukit Alam memang susah nak jumpa pokok-pokok yang besar dah jumpa Bukit Alam nanti baru lah boleh berteduh di bawah pokok-pokok yang agak besar sedkit.Jadi bawalah topi bersama sebab cuaca sangatlah panas di sini.Tengok tu dua orang geng kita yang berehat seketika bukan sebab penat, tapi tak tahan panas kat atas tu.
 Seperti di Bukit Banquet, Bukit Alam juga tidak mempunyai banyak pemandangan yang menarik kerana di tutupi banyak pokok.Tapi adalah seseparuh kawasan yang boleh bergambar.Seterusnya RA meneruskan perjalanan ke Bukit Berdiri.Laluan trak di sini banyak di lereng-lereng bukit.Kat sini banyak pokok-pokok kelapa sawit yang baru nak membesar,semak pun banyak jugak hehehe.
3 gambaran 3 pengalaman.
Gambar pertama di Bukit Botak oleh Abang Lan.Kat belakang dia tu lah Bukit Berdiri.
Gambar ke 2 di Bukit Alam oleh Nik 
Dan gambar ke 3 berehat seketika di Bukit Berdiri Oleh Abang Lan.
Tiba di Bukit Berdiri mesti ambil gambar di sini.Di atas batu ini anda boleh lihat pekan Parit Sulong , Parit Raja dan sekitarnya.HashTag #mestibergambar..hehe. Wajib sampai ke sini sebab pemandangannya cukup indah.
Kami berehat seketika di Bukit Berdiri sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Botak.Jarak antara dua bukit nie dah dekat iaitu sekitar 1km je.Jam 12tengahari kami semua selamat tiba di bukit yang terakhir iaitu Bukit Botak.Kat sini Pekan Parit Sulong dan Parit Raja agak jelas kelihatan.
Nasib baik ada seorang pendaki lain yang boleh amik semua gambar kami berempat.
Di dalam hutan di Bukit Botak ini penduduk tempatan ada membina beberapa tempat rehat jadi siapa yang nak berehat,nak makan-makan ke , nak buat aksi-aksi Ultraman pun boleh buat macam kawan RA nie.
Cuma di 3bukit ini je diaorang letak papan tanda nie.2Bukit lagi diaorang tak letak sebab takde pemandangan yang menarik.
Trak berakhir di sini.Tetapi harus di ingat untuk turun ke bawah laluannya agak curam dan berpasir yea.Kena berhati-hati.
Jarak perjalanan Trans Bukit Payong ini sekitar 9-10KM.Sebuah kereta kami tinggalkan di bawah Bukit Botak bagi memudahkan perjalanan balik nanti.
Untuk ke tempat meletak kereta tu pulak kami kena lalui ladang kelapa sawit sebelum bertemu kampung tempat Fizri meletakkan keretanya.Kami semua menaiki kereta Fizri dari Bukit Botak untuk pulang ke Bukit Payong yang di tinggalkan di sana.Terima Kasih Abang Lan yang membekalkan mee siput pada kami semua sampai lupa RA nak bayar adeeh.....Perjalanan kami berakhir selepas makan tengahari Asam Pedas Bonda di Parit Jawa.hehehe

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....