Saturday, December 27, 2014

JJNM : Murtabak Cheese Kg Kurnia No1

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
MURTABAK CHEESE NO 1 - KAMPUNG KURNIA

 Bosan pulak petang-petang hujung minggu ini,jadi RA ajak si Jali ke Kampung Kurnia untuk menjamah makan Murtabak Cheese di sana.Sebenarnya kami ingat nak makan kat restoran tomyam,tapi bila lalu depan gerai nampak orang beratur panjang tu yang menjengah tengok.Rupa-rupanya inilah dia rupanya Murtabak Cheese Kampung Kurnia yang orang selalu kata-katakan tu. 

 Kat dalam gerai ini bukan hanya ada jual Murtabak,Kueh teow goreng basah pun ado.Harga RM5 sepinggan.Harga Murtabak Cheese tu RA di kenakan bayaran RM10 sajo.

Makan masa panas-panas pekena dengan Teh tarik + Kueh Teow Goreng masa hujan renyai-renyai kat sini memang menjanjikan.Nasib baik lah murtabak tu kongsi 2orang.Kalau makan sorang alamat makin berat lah perut RA ini.

 Inilah kedainya.Bagi nak nak beli bungkus tu di nasihatkan telefun dulu buat tempahan.Sebab untuk bungkus memang kena tunggu lama.Lainlah kalau nak duduk makan kat gerai cepat je murtabaknya sampai.Orang pun ramai jadi datang awal sebab malam diaorang tutup.

2 comments:

ken_v93 said...

Dkat mne ea??,

RioAzzaro said...

kampung kurnia....tak berapa jauh dari kubur kebun teh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget