Sarapan pagi ini di Restoran Fuzion tingkat bawah sekali dan paling hampir dengan Theme Parknya.Sarapan di sini memang terbaik,sebab pelbagai menu dari masakan Barat,Jepun hinggalah masakan Malaysia di hidangkan di sini.Memandangkan musim cuti sekolah,memang orang sangat-sangat ramai bersarapan dan RA sendiri terpaksa beratur untuk menunggu giliran.Tapi memang berbaloi sebab menu di sini sangat-sangat menjanjikan.
Habis bersarapan RA mendapat tiket masuk ke Taman permaian Sunway Lagoon beserta dengan baucher makanan.Seorang dapat RM20 untuk makan mengunakan baucher tersebut.
Puas berendam main air & tengok wayang 5D , RA ke tingkat atas untuk ke Rumah Hantu Scream Park & Zoo.Tiba di pintu depan jam 230petang jadi memang tak lama menunggulah sebab pembukaan seterusnya jam 245petang.Apa pun rumah hantu ini terbaik sangat- sangat besar.
Tak lama di sini sebab jam 4petang RA dah naik ke lobi hotel menuju ke Sunway Piramid Mall untuk menjamu perut RA yang belum makan tengahari.Makan Burger King jelah sambil-sambil tengok hujan turun dengan lebat melimpahi Sunway Lagoon.Jam 6petang semua dah berkumpul di lobi hotel dan kami bergerak ke hotel seterusnya iaitu Hotel Holiday Villa Subang.Sebenarnya bilik di Sunway Lagoon tu penuh untuk hari ke dua tu yang terpaksa berpindah hotel.
Apapun hotel Holiday Villa Subang ini pun tak kurang hebatnya jugak.Bilik luas dan sangat-sangat selesa.
Ada banyak guna kemudahan di sini termasuk kolam mandi bersaiz Olimpik dan jugak untuk kanak-kanak.Ada bowling.Tenis,Gim dan macam-macam lagi.
Makan malam kami di Palm Terrace Coffee House tingkat 2 hotel ini.Makan lagi kan....makan malam kat sini yang paling mahal RM100 nett.giler rabak mahal.Lepas makan semua sudah letih dan terus masuk bilik untuk istirehat
No comments:
Post a Comment