Lama sudah tak lepak-lepak dengan kawan-kawan mengeteh RA sesejak sibuk dari awal bulan nie.Jadi hari ini pertemuan telah di buat di Restoran CupChai Bandar Baru Uda.RA baru je balik Batu Pahat terus menyinggah di sini.Janjinya jam 430petang tapi tiba jam 530petang sebab ada kesesakkan di lebuhraya Plus.Menu pilihan RA kat sini mestilah kacang poolnya.Abang Mork pulak nak sampaikan hajat dia menyerahkan oleh-oleh dari Medan termasuklah Kek Ambon.
Untuk kaum ibu dia belikan selendang nie.Adalah berhelai-helai dia bawak dah macam kat Jakel pulak hehe.Aktiviti petang ini banyak tertumpu pada gosip-gosip kucing dan artis kilauan emas jek.Si Azie baru balik dari ambik kucing dia si Casper dari rumah pengajaan kucing.Mandikan kucing katernya.
Haa inilah kucing dia si Caper,eh silap Casper tu.Muka dah lah jambu di tatang oleh mamat remaja purba lak tu,makin gedik's lah dua-duanya.
Nak tau haa inilah dia mak pada Si Casper ini.Mak angkat daaa...Mak kandung si Casper ini tah ke mana dah menghilang.Lepas beranak je dia serahkan pada keluarga angkat ni.Mungkin mak si Casper ini orang susah kot.Sian-sian.Apapun aktiviti makan-makan kami hari ini berakhir jam 715malam.Nak balik dah margrib lah.
No comments:
Post a Comment