Ha ginilah gamaknya kalau makan malam yang terlalu lewat.Lepas sahaja kelas Spinning di Clark Hatch tadi RA telah singgah ke Restoran 7ven Spice yang terletak kat sebelah gim RA jek.Malam ini RA pulak menjadi tetamu Jalan-Jalan Nak Makan anjuran Abang Yunus yang mengidam sangat-sangat nak merasa masakan di sini.Bersama Nik,Fuad dan Mai maka sekonyong-konyong lah kami meminta makanan yang tidak terlalu berat.Selak punya selak menu jumpa lah menu Roti Nan.
Yang ini Roti Nan biasa ke punyaan Abang Yunus (kuah dia mintak kuah lain kau).Cop mohor tangan bentuk V tu mesti ada yea.
Yang ini Roti Nan Ayam,milik RA
Ini Roti Nan Kashmer Hak si Nik
Ini pulak Roti Nan Tomato milik Fuad dan Mai.RA punya Roti Nan Ayam,memang sedap dan lembut rotinyaInilah dia kuah Ayam Masala yang abang Yunus amik berasingan katernya.Dalam bisik-bisik tu dia sempat cakap kt kitaorang "makan kat sini tengok menu dia teringat macam makan kat restoran mamak di UK.Yealah orang tu duuk UK bertahun-tahun la katakan.Semua jalan kat sana dia dah hafal sampai makan kat tepi longkang pun tak heran dah.huhu.
Jadi ini sajalah menu yang dapat RA tunjukkan kat restoran ini.Sebenarnya ada menu nasi beriani kat sini dan RA penah makan memang sedap,cuma malam ini dah lewat sangat,tak leh makan berat-berat yea..RA nak jaga pipi RA yang makin tembam nie.Pipi Abang Chu tu pun dah naik tembam.
No comments:
Post a Comment