Friday, March 24, 2017

JJNM : KAFE DULANG LIMA

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
KAFE DULANG LIMA TAMAN PERLING

 Malam ini bermula semua pencarian jalan-jalan nak makan.Dengar-dengar ada satu kafe ASAM PEDAS yang baru di buka di Taman Perling.Jadi malam ini RA bersama rakan-rakan menjengah masuk di sini.Nama kafenya Dulang Lima.Nak tau kenapa dulang lima? sebab 5 jenis masakan di hidangkan dengan dulang.Konsep kedai adalah traditional kampung dan kebanyakkan menu yang di jual adalah dalam bentuk set.Ada Set Asam Pedas , Masak Lemak , Sanggang , Ayam/Keli Penyek dan juga beberapa pilihan mee dan manisan.
 Lokasi di no 15 Jalan Simbang , Taman Perling tidak berapa jauh dari Perling Mall.Kedai ini di tutup jam 11malam dan tempahan makanan terakhir sebelum 1030malam dan kami tiba jam 930malam.Sempatlah nak makan hehe. 
 Nie set Asam Pedas untuk 2orang makan.Ikan ada pelbagai pilihan.Ada Ikan Tengiri , Ikan Mayong , Merah , Pari dan tetel.
 Masak lemak cili padi daging pun ada.Setiap set di berikan ayam goreng atau keli goreng , ulam-ulam sambal belacan dan nasi putih.
 Ini asam pedas pari milik RA aaauummm..Bagi yang tak suka pedas sangat boleh lah suruh tokeh kedai ini untuk kurangkan kepedasan asam pedas ini.
 Lapar la pulak saat RA tulis blog ini.Bila tengok asam pedas nie terliur la pulak.
 Habis licin asam pedas nie.4 dulang pelbagai set menu yang kami cuba.
Wah bukan main berselera lagi Haji Abu makan kalau kat kedai yea.Nie kalau RA masak kat umah sepinggan belum tentu dia habis makan hahaha.
Lepak makan sampai tak sedar dah nak ke pukul 11malam.Ramai pelanggan pun dah balik cuma kami-kami sahaja yang melepak sampai kedai tutup.Apapun menu di sini sangat-sangat menjanjikan.Memenuhi selera kampung RA dan RA boleh bagi 4 bintang.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....