Monday, November 5, 2012

Cadangan Perjalanan ke Johor Bahru

Sebenarnya ramai bloggers yang email RA,tanya kat mana nak pergi kalau datang ke JB.RA ini bukanlah perancang perjalanan yang terbaik,tapi RA boleh tolong sebaik mungkin untuk membawa anda pembaca blog yang pertama kali ke Johor Bahru khas untuk pengunjung dari Sabah,Sarawak,Penang,Brunei,Surabaya & Batam (Singapura & lain-lain tempat pun boleh).RA bagi harga kawan-kawanlah

 3Hari/2Malam Percutian Johor Bahru Hujung Minggu 

(Jumaat-Ahad/Sabtu-Isnin)

Hari Pertama :

Tiba di Lapangan Terbang Senai@Terminal Ferri Stulang Laut (petang sebelum jam 2petang) RA akan datang menjemput kemudian terus ke Bandaraya Johor Bahru.Dalam perjalanan nak ke Johor Bahru bolehlah singgah sebentar untuk makan tengahari/minum petang di Selera Johor Plaza Larkin.Kat sini ada pelbagai makanan sajian orang Johor yang terkenal.Antaranya Rojak Asma Larkin,Nasi Ayam Hainan,Kacang Pool,Laksa Johor,Asam Pedas Johor,ABC special,XYZ special,Kueh Tiew Goreng,Mee Rebus Stulang,Murtabak Johor dan pelbagai lagi.Bila perut dah kenyang,lawatan pertama kita adalah ke Muzium Diraja Johor,di ikuti lawatan ke Masjid Sultan Abu Bakar pula.Yang nak solat tu boleh lah solat dan yang tak boleh solat tu bolehlah bergambar di sini sebab bangunan Masjid ini memang unik kerana bercirikan timur tengah dan Barat.Dah selesai di sini bolehlah kita ke Bandaraya Johor Bahru untuk melihat Bangunan Sultan Ibrahim pula di Bukit Timbalan.Bangunan ini pun menjadi salah satu mercu tanda Johor Bahru.Tak sah kalau ke JB tak amik gambar di sini tau.Lepas je kat sini RA bawak ke hotel untuk daftar masuk di hotel pilihan masing-masing.Bersihkan diri sambil berehat.Malam RA akan bawa keluar untuk makan malam.Anda boleh pilih nak makan makanan laut atau makanan tempatan.Kalau makanan laut RA akan bawa ke Restoran Damai Seafood Village dan kalau makanan tempatan RA akan bawa ke Restoran Remaja Klasik.kalau nak makan ala gerai RA akan bawa ke Stulang Laut.Lepas je makan kita singgah ke Bazar Johor untuk jalan-jalan dan membeli belah ala pasar malam yang di buka dari jam 7malam hingga 1pagi setiap hari.Kat sini juga boleh beli barangan cenderahati untuk di bawah balik nanti.Lepas penat di sini bolehlah pulang ke Hotel untuk tidur.

Hari Ke Dua :

Sarapan di hotel dan bagi hotel yang tidak menyediakan sarapan pagi,jangan risau,RA akan bawa ke Hutan Bandar Johor untuk menikmati juadah sarapan pagi di sini.Mesti cuba Lontong Kering dan Lontong Kuah,Roti Sardin,Mee Rebus Tulang,Nasi Lemak & Cendol Durian (tengok musim kot).Ok perut dah kenyang mari kita ke Legoland pula.Merasai dan menjadi muda semula di sini.hehe.Taman Tema Legoland yang pertama di Asia dan kita akan seharian di sini.Jam 5petang keluar dari Legoland RA akan bawa anda ke J.P.O = Johor Premium Outlet pula untuk membeli belah dengan penuh bergaya di sini.Kat sini pelbagai barangan ternama seperti Burberry,Channel,Nike,Padini,Puma,Gucci,Coach,DKNY,Esprit,Timberland dan banyak lagi di jual pada harga diskaun 25% sehingga 65% dari harga pasaran di luar.Memang berbaloi.Nak makan malam kat sini pun ada banyak medan selera dan restoran bertaraf antarabangsa.Dah puas berbelanja di sini bolehlah pulang ke Hotel.

 

Hari Ke Tiga :

Pagi ini selepas daftar keluar dari hotel,bolehlah bersarapan di Warong Saga,warong yang di iktiraf sebagai pilihan pelancong kerana menyimpan banyak gambar-gambar lama yang di tayangkan di dinding-dinging warongnya.Anda boleh melihat sendiri gambar-gambar lama bandar Johor bahru sekitar 1950 hingga lah sekarang dan gambar-gambar artis & pemimpin-pemimpin lama.Lepas je sarapan bolehlah bergegas ke Kota Iskandar & Puteri Harbour.(pilihan sendiri samaada nak masuk ke Hello Kitty Town atau pulang).Kemudian RA akan hantar pulang ke Lapangan Terbang untuk mengambil kapal terbang pulang.

Warong Saga - Johor Bahru

 

Untuk yang ada masa lebih untuk menginap di Johor bahru bolehlah ikut jadual perjalanan khas yang saya susun kat bawah ini.Nama jadual perjalanannya pun lain sikit iaitu :

 

4Hari/3Malam Percutian Johor Bahru Si Tanjung Puteri.

(Khamis - Ahad/Jumaat - Isnin/Sabtu-Selasa)

HARI PERTAMA :

Tiba di Lapangan Terbang Senai@terminal ferry Stulang Laut,terus ke Johor Premium Outlet yang terletak kurang 10km sahaja dari lapangan terbang.membeli belah dengan penuh bergaya di sini.Kat sini pelbagai barangan ternama seperti Burberry,Channel,Nike,Padini,Puma, Gucci,Coach,DKNY,Esprit,Timberland dan banyak lagi di jual pada harga diskaun 25% sehingga 65% dari harga pasaran di luar.Sekali bermakan tengahari/minum petang di sini.Dah puas menbeli belah kita ke Bandaraya Johor Bahru pula untuk daftar masuk ke hotel untuk berehat dan bersiap-siap untuk makan malam pula.Boleh cuba makanan laut di Restoran Damai Seafood Village atau di Restoran Sekincan Ikan Bakar ataupun ke Stulang Laut.Selepas puas menjamu selera RA akan bawa anda ke Bazar Johor yang menjual pelbagai barangan murah ala pasar malam.Bazar ini beroperasi dari jam 7malam hingga 2pagi.


HARI KE DUA : 

Sarapan di hotel dan bagi hotel yang tidak menyediakan sarapan pagi,jangan risau,RA akan bawa anda ke Hutan Bandar Johor untuk menikmati juadah sarapan pagi di sini.Mesti cuba Lontong Kering dan Lontong Kuah,Roti Sardin,Mee Rebus Tulang,Nasi Lemak & Cendol Durian (tengok musim kot).Ok perut dah kenyang mari kita ke Legoland pula.Merasai dan menjadi muda semula di sini.hehe.Taman Tema Legoland yang pertama di Asia dan kita akan seharian di sini.Bila keluar dari Legoland mesti dah lewat petang.saya pasti keluar sahaja dari sini semua orang akan rasa letih seharian.Jadi terus sahaja makan malam di Banafie Village atau LC Catering untuk menikmati juadah makanan popular di sini iaitu Nasi Ayam Penyet.Ada juga pelbagai makanan ala Thai,tempatan dan barat di jual di sini.Boleh cubalah ikut suka hati.Dah kenyang bolehlah balik ke hotel untuk istirehat

HARI KE TIGA

Kenapa tidak mencuba sesuatu yang baru dari lawatan yang biasa? Apa kata pagi ini kita bangun awal kemudian ke Taman Merdeka yang terletak bersebelahan dengan bangunan RTM untuk beriadah dan bersantai di sini.Selalunya kalau hari Minggu ada senaman J-Robik beramai-ramai di buat di sini,anda boleh tengok atau anda boleh ikut sekaki.Dah puas di sini RA akan bawa anda ke Muzium Diraja Johor & Masjid Abu Bakar.Kemudian RA akan bawa anda ke Nusajaya untuk melihat Kota Iskandar,iaitu pusat pentadbiran negeri Johor.Dari sini kita akan ke Hello Kitty Town-Taman tema tertutup yang terletak bersebelahan dengan Kota Iskandar (kalau nak masuk bolehlah bayar tiket di kaunter RM50seorang).Jam 2petang kita bolehlah bersiap-siap untuk ke Tanjung Piai Johor (Penghujung Benua Asia) atau ke Pekan Air Hitam (pekan barangan seramik).Jam 630petang kita pulanglah semula ke Johor Bahru dan di bawa makan malam di L.C Catering

HARI KE EMPAT :

Selepas bersarapan bolehlah bersiap-siap untuk daftar keluar dari hotel kemudian RA hantar ke Lapangan Terbang Senai@Terminal Ferry Stulang Laut untuk pulang.

CADANGAN HOTEL :

1.Kozi Hotel (Ekonomi + Bersih = Konsep boutique di Danga Bay)

2.Hotel JA Resident (3* di Tengah Bandaraya Johor Bahru)

3.New York Hotel (4* di pinggir Bandaraya Johor Bahru)

 

Bolehlah emailkan pada RA jadual perjalanan kapal terbang@Ferri anda

Nanti RA akan bagikan sebut harga perjalanan di atas

RIODENAZ@YAHOO.COM

Tel Bimbit/WhatApps : 012-7709809    

 

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....