RA tau banyak dah orang kat luar tu buat liputan meluas pasal Pasar karat.RA nie dah berpuluh kali ke sini tapi tak jugak buat liputan terperinci pasal tempat ini kan.Baiklah kali ini RA nak cerita pasal Pasar Karat Versi RA.Memandangkan boleh di katakan setiap minggu RA ke sini,maka kali ini dapat juga di ambil gambarnya (walaupun kurang jelas).Pasar Karat ini merangkumi Jalan Tun Hiok Nee,Jalan Dhobi & Jalan Segget.
Ok,inilah suasana di Jalan Segget di waktu malam,bazar menjual Keris dan anika Cincin dan permata ini terdapat di hadapan Bank Maybank.
Waktu gambar ini di ambil jam menunjukkan 830malam.Masih ada ramai yang baru menyusuh barangan jualan mereka.Di kaki lima kedai ini menjual barangan lama,termasuk yang antik dan pelbagai duit/syiling lama.
Yang ini pulak kedai di belakang bangunan Mara.Menjual asesori telepun,komputar dan barangan elektrik terpakai,Jangan risau barangan yang di jual di sini adalah barangan yang bukan di curi.Ia sentiasa di pantau oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Nampak tak telefun lama ini? Telefun bimbit pertama yang di gunakan di Malaysia.Ingat lagi masa ini hanya orang kaya jer yang mampu guna.Nak guna telefun bimbit kena bawa bagnya sekali memang nampak bergaya masa dulu.Tapi sekarang ianya hanya di jadikan perhiasan dan kenangan sahaja.
Kedai ini menjual barangan antik,kalau nak cari kedainya terletak betul-betul di hadapan Bangunan Mara - depan Kedai Serbanika
Sewa satu lot di Pasar Karat ini sangat murah iaitu serendah RM5,untuk satu tapak.Untuk bagi yang mahukan lampu tambahan RM5.Jadi kebanyakkan bazar dan gerai kat sini adalah pelbagai dan bercampur-campur.Ada gerai menjual Baju,Jeans,Kasut,Cenderahati,Antik,mainan kanak-kanak,beg minyak wangi,makanan & minuman.
Tudung pun ada macam-macam jenis dan rupa.Ada duit semua boleh borong.
Minyak wangi Victoria Secret pun boleh dapat kat sini.Biasalah pembekal selalunya pramugari dan pramugara yang selalu ke luar negara.Beli kat luar bawak masuk dan jual di Pasar Karat.
Ini ruangan yang khas di sediakan untuk mereka yang menjual makanan.Berada di belakang bangunan Mara berdekatan dengan Jalan Wong Ah Fook.Konsep adalah gerai makan terbuka.
Cukup kan liputan ini..? RA dah tak tau nak tulis apa lagi dah.Kang tulis panjang-panjang cakap boleh jadi berleter pulak.Nak tahu datang lah sendiri ke sini.Kalau tak tahu jalan,tanya je orang-orang JB kat sini,sebab rata-rata semua tahu mana Pasar Karat berada.Kalau tak tahu tu bukan orang Jb lah yea.
No comments:
Post a Comment