Semalam di dalam kereta semasa perjalanan nak ke Danga Bay,RA terdengarlah Tazkirah di Radio Best 104fm.Ustaz yang memberi tazkirah menerangkan betapa berdosanya jika kita mencela makanan yang telah di hidangkan oleh kita.Biasalah kalau dah makan mulut kita ini mesti nak cakap makanan itu tak sedaplah,tawarlah,masin lah,keras lah,lembik sangat lah dan sebagainya.Tersentap sekejap RA,terus RA tangkap apa yang di katakan oleh Ustaz tu masuk ke dalam kepala otak RA yang kadang-kadang pelupa ini.
Ustaz tu cakap lagi,makanan adalah rezeki dan ciptaan Allah dah tidak semestinya kita tidak mencela makanan yang di hidangkan.Lagi satu dengan mencela makanan kita akan membuatkan orang yang menyajikan makanan itu berkecil hati dan terguris.Yealah dia sudah bersusah payah menyediakan makanan tersebut tetapi cercaan yang dia dapat.
Hadith Riwayat Al Buhari & Muslim ada menulis :
Rasullullah S.A.W tidak pernah mencela makanan sama sekali.Jika baginda menginginkannya baginda akan memakannya & jika baginda tidak suka pada makanan tersebut baginda akan meninggalkan makanan itu
Jadi sama-samalah kita mengambil mengajaran dari Tazkirah ini yea.
Salam Jumaat semua!!!!
Sekadar berkongsi sesama kita.
2 comments:
Ada juga hamba yang masih tak bersyukur dengan kurniaanNya...salam jumaat
tak apa...kita doakan dia sama-sama dengan kita moga sama-sama kita semua bersyukur dengan nikmatnya
Post a Comment