Friday, March 22, 2013

JJNM : Restoran Hj Shahrin Low Grand

(J.J.N.M) Jalan-Jalan Nak Makan

Restoran Hj Shahrin Low Grand

 

Semalam RA terbaca blog salah seorang rakan blog RA yang ke Restoran ini bersama keluarganya.Jadi teringin pulak nak merasa walaupun dah berkali-kali ulang alik lalu di depan restorannya.

Tadi selepas sahaja selesai urusan RA di Gim,RA bersama seorang rakan singgah makan malam di sini. 

 

Ala memandangkan kami berdua sahaja dan RA nak jaga berat badan RA yang semakin naik ini jadi RA hanya pesan Nasi Goreng Telur Asin dan teman RA pesan Kuew Tiew Kantonis.

Air pulak RA amik Sirap Bandung Soda.Jadilah kan nak makan banyak-banyak kang makin tembam badan RA.Makanan di sini rata-rata menyediakan menu masakan Khas masyarakat Cina tetapi Halal.Maklumlah ini adalah cawangan pertamanya luar dari Selangor yang berada di Johor Bahru.Bagi yang nak tahu di mana restoran ini berada ianya terletak di Bandar Baru Uda Jlan Padi 1.Betul-betul di belakang hentian bas BBU di hadapan Jalan Skudai.Ok? Boleh? cantikkkkkkkk.........


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....