Friday, July 11, 2014

JJNM : Kafe Swensen's Kota Singa

JALAN-JALAN NAK MAKAN (J.J.N.M)
 - KAFE SWENSEN'S -
CAUSEWAY POINT SINGAPURA

Wah ke luar negara pulak RA jalan-jalan cari makan kali ini.Itu pun atas undangan kawan-kawan lama satu kerja semasa RA bekerja di Singapura dahulu.Hampir 15 tahun RA tak jumpa diaorang semua sejak berhenti kerja di sana dan berpindah bekerja di Johor Bahru.Buat perjumpaan pun pada bulan puasa sebab ramai yang kelapangan pada waktu ini.Jadi selepas abis kerja RA berbuka puasa ala kadar saja di R&R EDL dahulu bagi mengelakkan RA berbuka puasa di Tambak Johor yang sesak.Hujan pulak turun mencurah-curah petang tadi,habis basah lecuh badan RA kena hujan semasa nak turun dari kereta untuk berbuka puasa.Jam 745malam RA bertolak masuk ke Kota Singa dan seperti biasa kesesakkan sudah pun di duga menanti kehadiran RA di Tambak Johor.Setelah sangut hampir sejam RA tiba di Causeway Point Mall Woodlands jam 850malam sebelum mencari Kafe Swensen's ini.

Di sini Elgess,Alice,Raj,Sue,Raymond, Yan , Doreen , Leslie dah pun lama sampai dan menanti kehadiran RA.Dora tiba agak lewat sedikit iaitu setengah jam selepas RA tiba.Tapi masih ada juga bekas pekerja yang tidak dapat hadir malam tadi atas komitmen dengan kerja dan keluarga.Perut masih lagi lapar,Jadi RA capai menu dan membuat pilihan makanan.Boleh tahan banyak sungguh pilihan makanannya.Dari menu sarapan pagi sampailah ke menu salad.

Haa ini Spaghetti Aglio pilihan Raj yang dapat RA kecek sedikit dari dia.Yummm yumm sedapnya.Yang berpuasa sekarang banyak-banyak bersabar ok.hehe.Oh Yea jangan risau Kafe Swensen's ini mendapat sijil Halal dari Majlis Ugama Islam Singapura.

 Ok pilihan makanan RA dah pun tiba.Inilah dia "Salmon Baked Rice Special" yang mengisi perut RA hari nie.Maklumlah tadi masa berbuka makan nasi goreng jek.Mana cukup hehe.(kuat makannya RA nie)

 Inilah dia muka-muka yang hadir pada malam perjumpaan hari itu.Janjinya nak datang 20orang,tapi akhirnya 10orang je yang datang.Sebenarkan syarikat tempat RA bekerja di Singapura dulu di anggarkan ada lebih 140orang pekerja dan sentiasa silih berganti.Nama syarikat Ambassador Travel & Tours Pte.Ltd dah merupakan salah satu syarikat pelancongan terbesar saat itu.Tapi sayang syarikat ini tidak bertahan lama,pihak pengurusan telah menutup syarikat ini kerana mengalami kerugian. 

 Tengok jelah gambar-gambar lama ini.Semuanya masih muda belia dan kurus kering lagi.Tak macam sekarang semua dah tembam-tembam.haha.Masa RA kerja di sini umur RA baru 20tahun,muka pun masih awet muda lagi.

 Bila jumpa banyak lah gosip-gosip liar yang kami semua bincangkan.Nak tergelak pun ada bila mengenangkang kenangan semasa bekerja di sini.

 Punya lah kyusuk si Raj dan Leslie sampai RA amik gambar pun dia tak perasan.

Menu pencuci mulut kami pastinya Aiskrim Swensen's ini.RA baru baik dari sakit tulang belakang jadi tak boleh makan Aiskrim dan minuman sejuk.Cuci mata je lah jawapnya.Apa nak buat dah nasib badan.Hehe.Apapun perjumpaan RA bersama rakan-rakan lama malam ini adalah kenangan manis yang tidak dapat di lupakan.Masing-masing sekarang dah mempunyai keluarga sendiri.sob sob sbo...

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....