J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
ATOK'S KITCHEN TAMAN UNIVERSITI SKUDAI
Hari ini bukan sahaja jalan-jalan cari makan , tapi jalan jalan sambut ulang tahun kelahiran rakan sekolah RA iaitu Liana.Dia pasang niat nak belanja kawan-kawan makan SHELLOUT katanya.Jadi di suruhnya kami ke sini.
Kedai makan Atok's Kitchen nie terletak di No 8 Jalan Pendidikkan 3 , Taman Universiti Skudai.Kira lokasinya kat kawasan lot pejabat baru sebelah Jusco tu.Ini salah satu dekorasi di dalam restoran ini.Air di berikan percuma iaitu air asam boy dan limau.
Kek ini untuk meraikan "Birthday Girl" hadiah dari salah seorang rakan sekolah kami yang membuka kedai kek di Kota Masai.
Kek ini di sediakan dalam bentuk yang comel dan ada 4jenis perisa semuanya sedap sedap.
Jadi sebelum menunggu makanan tiba sempat lah RA semua bergambar dengan kek ulang tahun dan bersama-sama rakan-rakan yang meraikannya.
Ini lah produk istimewa di sini iaitu "SHELLOUT".Ada ketam , udang , kupang , lala dan sotong beserta sayur barakoli dan jagung.
Liana@Jack memesan 5set Shellout untuk kami semua.Perghh terliur beb bila makanan terhidang atas meja.RA paling suka udang masak mentega di sini sampai abis licin masuk dalam perut hehe.Ketam masak cili pun sedap tapi leceh sungguh nak kopek kulitnya.
Jadi beginilah hasilnya setelah selesai meratah dan mencekek Shellout di sini.Abis berterabur dan licin meja kami semua.Yang tinggal cuma kulit-kulit kupang dan ketam jek..Memang puas makan kat sini lebih puas bila ada orang yang belanja.Terima Kasih Liana@Jack membelanja kami semua makan, moga rezeki bertambah , di panjangkan umur dan di berikan kesihatan yang berpanjangan.Kawan-kawan kalau nak cuba datang lah ke sini,murah dan sedap yea....jumpa lagi di episod makan-makan yang lain.Ta-TAAaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment