Thursday, September 26, 2013

JJNM : Mee Udang Galah Taman U

Jalan-Jalan Nak Makan (J.J.N.M) 

- Mee Udang Galah Taman Universiti / Pondok Pondok Cafe -

 

Ha nak makan Udang Galah? Tak payah pergi jauh-jauh,kat Taman Universiti ada jual pelbagai aneka Mee & Nasi mengunakan Udang Galah.Bersempena ulang tahun kelahiran Abang Chu,kami semua ke restoran yang berdekatan dengan rumahnya bagi memenuhi permintaan Kak Rovita yang selalu nampak gambar mee udang galah kat dalam Facebook dia.

Yang kat atas ini namanya Nasi Goreng Nyonya Udang Galah pilihan si Azie yang pada mulanya tak mau mintak udang galah katernya,tapi akhirnya amik jugak atas alasan-alasan tertentu hehe.

Ini pulak Kueh Tiew Goreng Udang Galah pilihan RA,Ka Ros dan Lyn.Memang sedap dan meletop.Harga sepinggan RM10 rasanya memang menjanjikan.Udang Galahnya manisss huhuu

 

Menu-menu lain bolehlah pilih sendiri kalau datang ke sini yea.Banyak juga pilihan makanan yang di sediakan.Pokok kata menjanjikan lah.

Paling istimewa di sini ialah "OLIO AGLIO UDANG GALAH" seperti menu kat bawah ini

Menu pilihan yang lain Ayam Kampung Goreng.Tapi RA tak cuba pun yang ini,sebab mood makan nasi takde malam ini.

Pesta makan Udang Galah di teruskan malam itu masing-masing ceria dapat pilihan sendiri.Bergambar memang menjadi acara kami.Bagi yang nak tahu kedai makan ini di mana,ianya terletak di belakang Jusco Taman Universiti dan alamatnya 25-01,Jalan Pendidikan 3.

Hati-hati bila memilih makanan,jangan jadi macam kawan RA ini dia nak Mee Hoon Goreng  Udang Galah,tapi dia sebut Mee Hoon Udang Galah jadi dapat lah yang macam ini.

 

 RA terpaksa gerak awal malam ini,lepas makan terus pulang ke rumah.Apa yang penting kedai makan Mee Udang ini pasti akan menjadi pilihan RA untuk datang lagi.

Aksi kucing,aksi rimau,aksi terkejut dan pelbagai lagi aksi sempat di rakamkan sebelum RA pulang ke rumah.Yang lain-lain tu kalau nak datang pergi je lah kat sana yea...Terima Kasihlah pada Abang Yunus yang membelanja kami semua makan di sini yea..

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....