Monday, September 16, 2013

Santai di Hari Malaysia

 Hari ini cuti bersempana Hari Malaysia RA nak rehat-rehat dan bersantai sahaja di Johor Bahru.Maklumlah dah dua hari berturut-turut bawak orang masuk Singapura untuk bercuti.Jadi selepas sahaja Zohor RA ke Warong Goreng Pisang Mawar yang terletak di komplek Mawar bersebelahan dengan Hotel Thistle

Macam biasalah kalau dah janji jam 2.30petang pasti ada yang tiba kelewatan.Apapun RA puas dapat makan Nasi Lemak Udang + Telur dan Goreng Pisang RM3.Yang tak baiknya Juadah makan petang kami hari tu berjumlah RM105 kesemuanya,walaupun cuma makan beberapa jenis makanan sahaja.Mana tak nya bila nampak Shafie Salleh pemain bola semua angkat kaki dan bergambar di meja beliau,jadi tukang kira makanan pun main tekan je lah harga kat dalam kalkulatornya.

 

Selepas sahaja selesai kami semua ke Country Garden di Danga Bay.Yealah tempoh hari gang-gang yang lain tak sempat nak datang kan,jadi hari ini bawak lah diaorang sekali dengan anak-anaknya.Tengok jelah budak-budak ini berpelesiran di tepian pantai dan bergaya di tepi tong air huhu.

 

Wah-wah yang ibu-ibu tunggal (untuk hari ini je) pun sibuk mengaya dan memperagakan pakaian tajaan sendiri yang mengikut konsep bunga-bunga cinta (katernya).Konon-konon nanti orang kampung tak leh nak kullunnn....huhu

 Amboi buat bentuk hati katanya...anak didik sapa lah nie.Kalau suruh bergambar memang pandai yea,kalah model-model jalan kucing (catwalk)

 Bingit betul dengar tiupan wisel dari pengawal taman ini,pegang sikit bunyi,jalan atas rumput sikit bunyi,amik gambar dengan patung-patung bunyi,sampai budak-budak nak main pasir pun dia bunyikan wisel tak kasi main.Kalau nak main pasir pun tak bole baik tutup je pantai tu kan....Apapun tempat ini memang sesuai datang untuk lepak-lepak.Kalau tak mau bersesak mencari tempat letak kereta,datanglah pagi sikit.Cubalah....

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....