Kawan aku terbaca dalam satu laman sosial tentang Mee Bandung Taman Tun Aminah ini,jadi semalam dia pun dok pukul canang ajak kami semua makan di sini.Kedai ini baru je seminggu di buka pada waktu malam,sebab selalunya diaorang bukak waktu siang untuk sarapan dan makan tengahari.Nama kedai ini "Citarasa Nyaman".
Terletak di hadapan jalan utama iaitu di Jalan Pahlawan 1 dan bertentangan betul dengan Shell Minyak.Haaa ini pulak mee goreng yang di sajikan dengan ayam goreng.Harga Mee Goreng RM4.00 + ayam goreng RM2.50.Mee goreng dia memang sedap.Boleh lawan kat tempat-tempat lain.
Ini pulak Mee Bandung yang di war-warkan.Agak mengecewakan sedikit sebab tak ikut selera aku.Aku lebih suka mee bandung yang di masak bersama kuah-kuahnya sekali.Tapi di sini kuahnya di masak berasingan dengan mee.Mee kuning hanya di masukkan selepas kuahnya masak.(sesuatu yang aku tidak gemar).Sebab mee Kuningnya kelihatan seperti tidak masak.Tapi ada sesetengah orang suka cara begini.Apapun selera masing-masing kan.Apapun kuahnya sedap.
Habis licin yea Mee goreng , Nasi Lemak dan Mee Bandung yang kami makan malam itu.Ayam Goreng dia sedap,tapi lagi sedap kalau makan masa panas-panas.Pasti yummmm-yummmm
Duduk kat meja di tempat letak kereta je,sambil makan dapat kira berapa kereta yang lalu lalang.Dah makan baru teringat baju kat rumah lupa nak cuci.Abislah esok baju uniform semuanya basah.
Yang tengah tu tak abis-abis nak tunjuk dua jari yea.
No comments:
Post a Comment