Monday, October 15, 2012

Berangkai dari Pagi ke Malam

Mulakan pagi ini dengan aktiviti menyehatkan badan iaitu berlari satu padang di Hutan Bandar Mutiara Rini kemudian bersenamrobik mengikut rentak tari daripada tenaga pengajar MBJBT bersama,abang Mork,Abang Yunus,Kak Rovita & keluarga dan Nik Keluarga.Selepas tamat sesi senamrobik acara sarapan beramai-ramai dengan menaiki kereta ke pekan Gelang Patah.Inilah makanannya.Nasi Lemak buah bidara dengan Nasi Ambang di atas peti.

Kedai Nasi Ambang bersama ayam dan sambal belacan ini terletak di perhentian bas Pekan Gelang Patah di temui dan di tunjukkan oleh En Mohd Yunus.(ketua rombongan)

   

Sesi menunggu makanan sampai sambil bual-bual

 

Dah terbayang makanan sebab perut dah lapar

Sebelum pulang ambik gambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan yang kami dah sampai sini.Terpaksa balik awal sebab ada acara lain pulak lepas ini menyusul.

 

Haaa inilah dia acara pada tengahari pada hari yang sama.Acara minum petang di The Zone Hotel Stulang Laut.Aku pegang semua slip bayaran makan di sana jadi terpaksa lah sampai awal di sini.Jam 12tengahari aku dah terconggok di depan Restoran Salt & Paper tingkat 5 hotel ini.Nasib baik hanya Ziela jer yang dah sampai dulu.Jadi kami terus daftar masuk dan mendapatkan meja makan yang telah di tempah.Penuh rupanya meja-meja pada petang itu.Sebahagian makanan pembuka selera sebelum meneruskan mengambil yang lebih banyak.

 Inilah dia pemandangan dari meja makan kami.Dapat meja di tepi cermin haaa.

  

Ketepatan masa kehadiran kawan-kawan aku nie memang agak mengecewakan huhu.

Ziela orang pertama sampai (pertama kali katernya)

Di ikuti aku dan Raymond (jam 1225petang)

Jack dan kekasihnya Boy berserta Diel pula datang pada tempat ke 3 (20min lewat yea)

Jue & Aween tempat ke 3 (30min lewat yea)

Ina yang paling lewat sampai (jam 1petang  yea)  

 

Hari Ulang Tahun si Raymond ini semalam,aku tak tahu nak bagi dia apa,memandangkan dia kaki makan jugak macam aku,jadi aku belanja dia makan lah hari tu,Tapi terpaksa balik awal sebab ada kelas mengajar kat sekolah persendirian,katernya.

Semua yan datang ini perut semua kecik-kecik,Jadi makan pun tak leh la banyak-banyak.

Tadi bab berfoya-foya di atas meja makan sambil minum kopi dan kek manis memang hobi kami.

 Dari cerita makan ulam-ulam sampai lah cerita cucuk vitamin C dan buat operation muka kat Korea yea.Dia cucuk tang sini,cucuk tang sini.rompang sana rompang situ.kannnnn.....

Dalam jam 315petaqng barulah kami semua berangkat keluar dari restoran ini.Tapi iany tidak habis di situ,kat luar restoran nak jadi model bergambar beramai-ramai (acara wajib)

Maklum lah dulu semua ini penah dan berjaya dalam bidang modeling :

Jue : Bekas Ratu Kebaya tempat ke 2

Jack : Bekas Ratu Jamu 3x berturut-turut

Along : Bekas Ratu Majalah Kuntum 1999

Boy : Bekas Mr Maskulin Pekan Tampoi 2005 & 2007

Aween : Bekas Supermodel Minyak Atar

Ziela : Bekas model Bayi Comel Iklan Susu Dumex

Diel : Bekas model Barbie of the year tahun 2000

Ina : Bekas Ratu Cantik Sekolah Tadika Kemas

Aku : Bekas pelakon filem Tarzan Malaysia 

Jadi dengan pengalaman yang kami ada ini,kami pergunakan pada sesi "come back" kami di Hotel The Zone ini.kah...kah...kah....Semuanya terlebih suda. 

Semua gambar pada sesi ini telah pun siap di ubah suai dan menunggu masa untuk di serahkan pada agent-agent yang mengaturkan temujanji untuk menjadi duta produk "VERANGAN"

Kita tinggalkan kisah minum petang itu sebab aku dah tak larat nak tinggal lama-lama lagi,sebab kena pulang untuk menghadiri kelas Hip Hop Alex di Clark Hatch.


Pulang dari Clark Hatch,menunggu panggilan dari salah seorang pembaca blog aku dari Pasir Ris Singapura iaitu Kak Khabsah bersama kelaurganya yang mahu mintak tolong aku membawanya makan tomyam di JB.Lokasi tomyam yang aku tuju pada malam itu ialah di "My Friend Tomyam" @ Kempas.Tak jauh dari rumah aku.Berselera mereka makan di sini lagi pun aku dengar tukang masaknya dah di ganti baru.Layanan boleh tahan lah,mungkin sebab malam itu tak ramai lagi yang datang makan sebab kami tiba jam 830malam.(belum waktu puncaknya dan bukan malam minggu)

Selesai makan aku bawa mereka ke Bazar Karat JB.Sambil tu aku nak cari barang jugak.Wah anak-anak perempuan dia sibuk membeli belah kasut.Jam 11malam aku angkat kaki pulang ke rumah sambil meninggalkan kenalan baru aku pulang ke Singapura.Nanti senang-senang datang lah lagi yea Kak Khabsah.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....