Esok dah nak cuti bersempena hari Wesak,jadi JJNM bersama RA dan kawan-kawan kali ini berkunjung ke Restoran Tera Thai yang terletak Jalan Abdul Samad belakang Thistle Hotel tu.Di sini makanan yang di hidangkan semuanya masakan Asli dari Thai.Kebetulan pada hari itu ada promosi dari Groupon.com.1 Set makan malam berharga RM40.00 untuk 4 orang.
Inilah suasana aman dan tenteram di dalam rumah banglo kayu yang telah di ubah suai menjadi restoran.Sangat klasik sambil mendengar muzik-muzik traditional Thai yang di mainkan di radio
5 hidangan makanan untuk 4orang makan antara yang kami pilih ialah :
Tom Yam Makanan laut
Kari Ayam Hijau
Sotong masak telur masin
Kangkung Masak Belacan
Som Tam
Susah nak gambarkan sebab kesemua menu-menu di atas memang sedap dan mengimbau kenangan sewaktu RA bercuti di Bangkok dahulu.Rasanya asli persis makanan dari negara Thai,terutama sekali TomYam nya.Kangkung masak belacan tak payah cakaplah,memang terbaik sebab di goreng bersama taucoh.Meleleh tau air liur bila tengok makanan depan mata tu.Promosi untuk berbuka puasa sempena Ramadhan juga ada di sini.
Memang menyelerakan sambil makan sambil bergosip-gosip.3Set makanan telah di tempah awal untuk di nikmati bersama RA, Kak Rovita dan anak-anaknya,Olie-Azie dan anak-anaknya,Nik & Fuad , Abang Yunus.
Malam itu juga di perkenalkan dengan telefun baru Samsung S4 milik seorang teman yang menyebabkan ramai terpusu-pusu untuk melihat dan mencubanya.Tengok je lah gambar di atas sebagai buktinya.
Ini macam biasalah.Bila nak balik semuanya berpeleseran di hadapan halaman rumah ini.Maklumlah tangga di cantik.Gaya kuak lentang dan kuak kupu kupu telah di perkenalkan pada malam tersebut.
Gaya kuak-kuak tak larat (duduk je lah) pun ada di perkenalkan pada malam tersebut.Jam 10malam kami semua selesai makan di sini dan bergerak ke pangung wayang Cathay Cineplax untuk menonton filem Fast & Furios 6 pulak.
Kekenyangan pada hari itu di sebabkan makanan yang sangat enak.Sehingga berjumpa lagi Tera Thai.
No comments:
Post a Comment